Saturday, December 18, 2010

Live Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 2..Konvensyen Pakatan bermula, umum program 100 hari



Mesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia. pakatan 2nd convention 191210 04Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.
Dalam ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan. Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. pakatan 2nd convention 191210 03Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia. Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka. Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi. pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speechLim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.
Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang. pakatan convention eve ceramah 191210 crowdMalam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.
Sebelum konvensyen bermula, pemimpin dan para perwakilan dihiburkan dengan beberapa persembahan kesenian seperti persembahan silat, tarian singa dan silamban (senibela diri dari selatan India). Turut dipersembahkan ialah tayangan mengenai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dengan berlatarbelakang irama lagu popular P Ramli 'Getaran Jiwa'. pkr announce new line up 181210 wan azizahSementara itu, Wan Azizah, dalam ucapannya, memberi amaran mengenai serangan berterusan terhadap Pakatan oleh Umno-BN, dengan menegaskan bahawa ia jelas bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penyokong Pakatan. Katanya, mereka berbisik kepada orang Melayu bahawa DAP akan menjual kepentingan Melayu, supaya orang Melayu mencurigai DAP. Menurutnya, mereka juga berbisik kepada bukan Melayu bahawa PAS menentang mereka, supaya mereka bimbang terhadap PAS. Mereka juga, tambahnya, memberitahu seluruh Malaysia bahawa PKR dan Anwar mempunyai masalah dengan Pakatan untuk meningkatkan kecurigaan di kalangan rakyat. pas seminar 071109 hadi awangWan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut. Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman. -M'kini

'Ubah Sekarang' Mengajak Rakyat Mempersiapkan Diri Menjelang PRU-13 (KEMASKINI) - Video LIVE INSIDE

















KEPALA BATAS, 19 Dis. : Kira-kira jam 9.30 pagi, lagu Negaraku berkumandang di Dewan Millenium Kepala Batas. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bersama-sama dengan perwakilan sama-sama bernyanyi dan menghayati lagu Negaraku dengan penuh semangat.

Setahun sudah berlalu. Terdahulu konvensyen pertama Pakatan Rakyat diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam,

Konvensyen kali ini dihadiri oleh 1,800 perwakilan yang dijangka akan mempersiapkan semua pemimpin dan penyokong menuju Putrajaya.

Majlis pagi ini akan bermula di luar dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia iaitu silat, tarian naga dan silamban.

Kini sedang berlangsung ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,

Seawal jam 8.00 pagi lagi, kelihatan para perwakilan dari seluruh Malaysia membanjiri Dewan Millenium ini. Kaunter pendaftaran juga penuh sesak.

Wakil media juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama membuat liputan.

Difahamkan fokus akan diberikan kepada dua perkara utama iaitu cerita kejayaan-kejayaan negeri di bawah pentadbiran Pakartan Rakyat dan mempersiapkan gagasan itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.

Konvensyen bertemakan 'Ubah Sekarang' menyaksikan setiap parti menghantar 600 wakil dari parti masing-masing.
INFO: Sekarang LIVE: Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2, Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang @

SUASANA KONVENSYEN PR KE-2 SEBELUM PERASMIAN


Add caption
Be


Mari kita makan kek tolak politik lama
Harakahdaily   
KEPALA BATAS, 19 Dis: Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini melancarkan program makan kek sebagai simbolik sokongan kepada sekumpulan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang ditangkap kerana memakan bagi membantah pembinaan menara 100 tingkat.

Terbaik 2008: PAS diterima semua pihak
Harakahdaily   
KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Ekuti isi rumah ganti ekuiti asas bangsa
Mohamad Zainal Abidin Hussin   
KEPALA BATAS, 19 Dis: Reformasi ekonomi terpenting yang bakal diperkenalkan Pakatan Rakyat ialah menukar sasaran daripada ekuiti asas perkauman amalan Barisan Nasional sekarang kepada ekuiti isi rumah untuk semua rakyat.

Umno lakukan pembunuhan karakter Anwar
Wan Nordin Wan Yaacob   
KEPALA BATAS, 19 Dis: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan apa yang berlaku terhadap Ketua Pembangkang dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat 16 Disember di Parlimen lalu sebagai 'pembunuhan karakter' oleh Umno/BN.

Terjemah hasrat Pakatan untuk perintah negara
Mohd Sabri Said   
KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat mesti peka untuk menterjemah tindakan kepada semua pegawai serta rakyat supaya mereka terus mengerti bahawa mereka tetap bekerja di bawah PR apabila perubahan kerajaan berlaku nanti.

Tinggalkan tafsiran sempit perkauman Umno
Mohamad Zainal Abidin Hussin   
KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS mengajak rakyat Malaysia meninggalkan tafsiran sempit perkauman Umno/Barisan Nasional dan menobatkan prinsip keadilan sejagat demi menyelamatkan masa depan negara.


_______________________________________________________________________
Gambar gambar di persekitaran Konvention Ke2...



No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com