Friday, December 31, 2010

Video: Polis Anggap Rempit Lebih Mulia Dari Edar Risalah


Manakah yang lebih mulia? Rempit atau edar risalah? Itulah yang terjadi di Melaka yang mana pihak polis lebih rela menangkap penyebar risalah peringatan tentang kezaliman kerajaan berbanding mat rempit yang merempit membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


Ditangkap edar risalah

Seramai tiga orang telah ditangkap ketika mengedar risalah mengenai kedurjaan kerajaan Melaka menghabiskan wang rakyat. Balaci tunggangan kali ini adalah pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang telah membuat laporan kepada pihak polis akan penglibatan pihak tertentu menyebar risalah.

Bukan itu sahaja, pihak yang mengedar risalah turut dihalau dari tempat berlangsungnya sambutan tahun baru 2011 di Dataran Ayer Keroh. Mereka buat ini seperti bapak mereka yang punya. Mereka menghalau seperti Dataran tersebut adalah milik UMNO sedangkan adalah untuk orang awam.

Mereka begitu takut sehinggakan menggunakan pihak polis untuk menangkap mereka yang tidak memberi ancaman kepada rakyat sedangkan mat rempit dibiarkan bermaharajalela dijalanan serta mengganggu ketenteraman awam yang boleh mengundang padah kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ketiga-tiga yang mengedar risalah tersebut telah ditangkap kira-kira jam 12.15 tengah malam pada 1 Januari 2011 sempena tahun baru dan telah dibawa ke Balai Polis Ayer Keroh yang hanya 3 kilometer dari Dataran Ayer Keroh tersebut.

Mereka masih lagi ditahan di Balai Polis Ayer Keroh untuk diambil keterangan sementara menanti kedatangan Pegawai Penyiasat dari Melaka Tengah untuk diambil keterangan.


Rempit depan balai

Pada masa yang sama lebih kurang jam 3.04 pagi pada 1 Januari 2011 juga ada sekumpulan mat rempit telah membuat bising di depan Balai Polis Ayer Keroh namun tiada tindakan telah diambil ke atas mereka. Pihak polis hanya mampu melihat dan yang penting adalah tahanan politik berbanding kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh mat rempit.

Di bawah akta apakah pihak polis menahan mereka yang mengedar risalah? Akta Polis, Akta Hasutan atau Akta Keselamatn Dalam Negeri? Bagaimana dengan akta untuk mereka yang merempit? Di sini kita dapat kita simpulkan bahawa penahanan ini adalah bersifat politik dan bukannya jenayah yang telah dilakukan.

Polis hanya berani dengan mereka yang tidak bertindak ganas seperti pengedar risalah namun takut akan keganasan seperti mat rempit yang boleh mengundang padah kepada nyawa sendiri dan orang awam. Apakah bidang polis sebenarnya? Membanteras jenayah atau menghapuskan ahli politik? Renungkanlah.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com