Susulan konvensyen PKR yang berakhir semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Pakatan Rakyat hanya memerlukan 100 hari untuk membuktikan bahawa janji mereka bukanlah palsu atau angan-angan. "Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan Pakatan.
"PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada Pakatan dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji Pakatan bukan palsu atau angan-angan," katanya. Dalam satu kenyataan hari ini, Idris (kiri) juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana konvensyen yang dianjurkan berjaya mencapai matlamat. "Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Disember lalu yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan GERAKAN.
"Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku (dalam konvensyen Pakatan)," katanya. -M'kini
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com