Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie bukan dibuat secara sebulat suara.
Bagaimanapun, anggota majlis tersebut berkata keputusan itu dicapai secara majoriti oleh ulama dan mutfi yang mengganggotainya.
"Keputusan tidak membenarkan peguam syarie bukan Islam dicapai pada majlis muzakarah yang diadakan sebelum ini," katanya.
Isnin lalu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tampil menafikanbahawa kesemua anggota majlis itu bersetuju secara tuntas dengan larangan terhadap non-Muslim itu, malah sebahagiannya mahukan perkara itu diperhalusi.
Ini kerana, menurut Dr Juanda, kertas yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mantap dan tidak mempunyai asas yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Felo pelawat di Universiti Oxford itu berpendapat, dalil larangan yang dikemukakan bagi menyokong pendirian itu hanya bersandarkan ayat-ayat walayah (kepimpinan) sedangkan hal itu berkaitan persoalanwakalah (perwakilan).
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Harussani bagaimanapun menjelaskan sekiranya terdapat mufti negeri lain, seperti Perlis yang tidak bersetuju dengan pendapat itu tiada masalah tidak mengikutinya.
"Itu dia punya fasal," kata Harussani sambil menjelaskan majlis itu tidak memaksa kerana setiap negeri mempunyai sultan sebagai ketua agamanya sendiri.
"Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-92 di Melaka baru-baru ini adalah untuk penyelarasan sahaja," jelasnya lagi.
Ditanya pandangannya sendiri, mufti paling senior itu berkata:
"Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku.
"Perkara ini (peguam syarie bukan Islam) tidak perlu dihujahkan. Apabila seseorang itu berhujah (menentangnya) seperti beliau tidak percaya pada Al-Quran," katanya.

No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com