ULAMA MUDA UMNO vs IMAM MUDA ASTRO
Terkenang akan ulama-ulama muda yang masuk UMNO dengan begitu bersemangat sekali. Lihat apa ulama muda UMNO kata :
1. “Banyak perbincangan telah dibuat (mengenai persetujuan untuk menyertai UMNO), cuma kita berharap penyertaan ini akan dapat menyemarakkan lagi usaha-usaha keagamaan yang sedia ada dalam parti."
2. “Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda.”
3. "Mereka menyertai UMNO berikutan janji parti itu untuk memastikan pihak ilmuwan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka."
4. “Tawaran seperti ini memang dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai seorang penuntut ilmu dan pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat.”
5. "Penyertaan mereka juga membolehkan kumpulan itu memberi cadangan kepada UMNO mengenai penambahbaikan program-program keagamaan yang sedia ada."
6. “Ini sedikit sumbangan ke arah membina masa depan yang baik. Mereka masuk UMNO sebab diberikan ruang berdakwah yang luas dan kemas."
Namun, sehingga kini kita tidak nampak peranan yang dimainkan oleh para ulama muda UMNO ini dalam memperbaiki UMNO. Mana pergi usaha-usaha dakwah mereka. Ada mereka diberi peluang oleh UMNO seluas-luasnya untuk berdakwah ? Masuk TV, jauh sekali..!
Sebaliknya, Imam Muda Astro sudah mula mengorak langkah berdakwah menarik golongan muda melalui pelbagai rancangan melalui Astro Oasis seperti rancangan "Soal Asyraf", "Musafir", "Famili Sarjana ", dan lain lagi.
Jelas, rancangan kendalian Imam-imam Muda Astro semakin mendapat perhatian ramai terutamanya anak-anak muda dengan gaya penampilan yang bersifat kontemporari.
Kita dapat rasakan kelemasan para ulama muda di dalam UMNO yang kita percaya terpedaya oleh janji-janji pemimpin UMNO. Mereka dikurung dalam kepompong UMNO yang hangit sehingga dinafikan peranan mereka.
Mereka hanya layak sebaga tukang kipas kepada apa sahaja tindakan pimpinan UMNO seperti isu busana muslim Rosmah.
Syabas kepada Imam Muda Astro yang mengorak langkah gagah menyebarkan dakwah kepada golongan muda.
Kesimpulannya, ulama muda UMNO kalah, Imam Muda menang.
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com