ANALISA PENGUNDIAN S'WAK. Bagaimanapun jika gelombang sokongan di pedalaman berubah kepada BN padaminit-minit terakhir, ia dapat menghancurkan impian Pakatan untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN dalam kerusi negeri Sarawak.
ANALISA ini dibuat tiga hari sebelum hari pengundian, BN Sarawak kelihatan akan dapat mempertahankan majoriti dua pertiga di 71 kerusi negeri S'wak, walaupun ia kehilangan beberapa kerusi kepada untuk pembangkang kali ini.
Menurut sumber dari Bahagian Hal Ehwal Khas Jabatan Penerangan, jumlah kerusi yang selamat untuk BN saat ini adalah 28 kerusi, dengan 19 kerusi lagi berkemungkinan besar akan dimenangi oleh pembangkang.
Keputusan bagi 24 kerusi lagi pula agak sukar untuk dipastikan, menurut sumber itu lagi.
Pensyarah Kanan dan Sains Politk Universiti Malaysia Sarawak Jeniri Amir juga menyimpulkan bahawa pembangkang akan memenangi sekurang-kurangnya 19 kerusi dalam pilihanraya pada 16 April ini - hanya kurang lima kerusi sahaja untuk menidakkan majoriti dua pertiga BN dalam kerusi negeri S'wak.
Selain 10 kerusi di kawasan bandar, Jeniri percaya 'kawasan hitam'bagi BN termasuklah kerusi luar bandar di Ba'Kelalan, Belaga, Pelagus, Beting Maro, Opar, Bengoh dan Telang Usan.
Beberapa sumber BN merasakan mereka hanya akan kehilangan 15 kerusi, lapan kepada DAP.
Pengundi Melayu dan Melanau akan berpihak kepada BN seperti yang dijangkakan, tetapi pengundi Cina berpihak kepada pembangkang.
Apa yang perlu diberi perhatian ialah sambutan pengundi Dayak, yang membentuk 47 peratus pengundi. Kedua-dua belah pihak percaya bahawa pihak pembangkang berjaya menembusi komuniti ini.
Di kawasan luar bandar di mana BN telah memilih calon yang tidak popular atau yang telah disabotaj oleh mereka yang tidak terpilih, atau di mana calon yang menghadapi isu berterusan berkaitan pembinaan empangan dan hak tanah adat, terdapat satu peluang yang baik yang menempatkan akan jatuh kepada pembangkang., ada kesempatan baik bahawa kerusi akan jatuh ke pembangkang.
Di kawasan bandar, kekecewaan di atas pemerintahan yang panjang dan korup oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud jelas memberi kesan kepada BN, dan ini diburukkan lagi dengan kempen-kempen yang dibawa masuk dari Putrajaya.
Parti komponen BN Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sedang berusaha untuk memadamkan sentimen anti-Taib dan terpaksa memainkan isu perkauman - dengan memberi amaran kepada orang Cina mereka akan kehilangan wakil mereka dalam kerajaan jika parti ini kalah.
Orang kuat SUPP dan juga calon Bawang Assan, Wong Sooh Koh berkata kepada pengundi Cina di sebuah ceramah: "Soon Koh mungkin kalah tetapi Pek Moh (Taib) tidak akan kalah ... kecuali Taib (dirinya sendiri) ingin berundur, dan ia tidak mungkin baginya (berundur). "
Memerhati Ketua Menteri
Di kawasan Melayu dan Melanau, yang direbut oleh PKR dan PAS, desakan terhadap Taib supaya meletakkan kuasa menjadi isu hangat di tengah pentas ceramah dalam kempen pembangkang, selain isu-isu hak-hak adat tanah asal dan pembangunan infrastruktur miskin.
"Sekarang isu utamanya adalah Taib. Najib telah memberikan isyarat tapi nampaknya Taib masih tidak mengerti bahawa ia harus pergi sekarang, " kata Setiausaha PAS Sarawak Fidzuan Zaidi ketika dihubungi.
Walaupun ini adalah kubu tradisi PBB, BN tidak mahu memberikan sebarang peluang kepada pembangkang untuk menembusinya.
Perkakas 'jahat' UMNO' dari semenanjung telah dijemput untuk membantu kempen di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Penceramah terkenal seperti Ezam Mohd Noor dan Umi Hafilda Ali telah berucap pada ceramah BN, memberi tumpuan pada tuduhan-tuduhan skandal ketua de facto PKR Anwar Ibrahim dan meningkatkan sentimen Ketuanan Melayu.
Dengan mengandaikan Ketua PKR Sarawak Baru Bian, seorang penganut Kristian Iban, akan menjadi seorang Ketua Menteri seterusnya - jika Pakatan mengambil alih Petrajaya - telah diekplotasi oleh BN untuk menakutkan para pengundi Melayu dan Melanau yang dikatakan telah menikmati pelbagai keistimewaan dalam perkhidmatan awam serta pelbagai bantuan kerajaan di bawah pemerintahan yang dipimpin oleh Taib, seorang Muslim Melanau.
Bermain dengan isu inilah, kempen Pakatan telah menyentuh pelbagai hak keistimewaan yang diberikan kepada Melayu dan Melanau, sehingga menyebabkan Iban tidak berpuas hati.
Kempen Pakatan
Di dalam rumah panjang Iban - yang menjadi kunci kepada Pakatan untuk menolak majoriti dua pertiga BN - pembangkang terpaksa bertarung dengan halangan muka bumi dan sumbernya yang terhad untuk menjangkau semua pengundi.
Mereka hanya dapat mengamalkan pendekatan 'touch and go' dalam tempoh kempen 10 hari ini dan tidak cukup ke semua rumah panjang, yang sebahagian besarnya terletak di pedalaman dan hanya boleh dihubungi menggunakan pacuan empat roda 4WD atau perahu.
Tidak seperti kerusi di bandar, di mana kempen lebih dinamik dimana pengundi mendapat maklumat di ceramah dan melalui media, orang-orang di kerusi luar bandar hanya bergantung kepada media aliran perdana. Dengan demikian, mereka tidak dapat menyedari perkembangan yang terbaru.
"Kami hanya dapat melawat sebahagian besar rumah panjang sekali saja sepanjang masa kempen," kata seorang perayu undi DAP di Simanggang.
Salah satu pilihan bagi pembangkang ialah untuk memberi fokus kepada pengundi yang mempunyai hubungan keluarga atau persahabatan yang dekat dengan calonnya.
Walaupun dengan kesedaran politik yang buruk di kalangan masyarakat pribumi, namun, pembangkang telah menghabiskan banyak masa menjelaskan fakta-fakta politik yang sederhana untuk memberikan kepercayaan kepada mereka sepanjang kempen. Ini termasuk memberitahu mereka tentang 'tsunami politik' tahun 2008 di semenanjung, dan ada lebih ramai ahli parlimen Pakatan berbanding PBB dan SUPP.
Merek juga mendapat bantuan yang tidak terduga. Dalam beberapa peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelum ini, beberapa pastor telah meletakkan jawatan untuk berkempen sepenuh masa untuk pembangkang, dibangkitkan dengan isu pemilikan Al Kitab dan larangan penggunaan 'Allah' kepada non-Muslim.
Masalah berkaitan isu kebebasan beragama tidak mungkin bergema di daerah pedalaman, pengundi di luar bandar lebih pedulikan tentang masalah roti-dan-mentega.
Pakatan telah mengamati perubahan yang signifikan pada masyarakat Iban.
"Saya diberitahu bahawa Iban tidak berani memasang poster pembangkang di rumah panjang mereka pada masa lalu. Tapi sekarang kita dapat melihat poster-poster calon pembangkang ditempelkan di pintu bersebelahan dengan tuai rumah (ketua rumah panjang). Mereka juga berani untuk membenarkan kita untuk melawat mereka sekarang, "kata Ahli Parlimen Jelutung DAP Jeff Ooi yang berkempen di Simanggang, kerusi majoriti Iban luar bandar.
Namun, wakil PKR dan DAP memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pengundi Iban sangat tidak terduga dan boleh dengan mudah terpengaruh dengan politik wang minit-minit terakhir BN.
'Bom Karpet' Diramal
Jeniri memberi pandangan, bahawa propaganda BN telah tertanam dalam pola pemiikiran masyarakat asli sejak empat dekad terakhir.
"Apa pun boleh terjadi dalam beberapa hari terakhir (kempen). BN mempunyai strategi 'bom karpet' di kawasan luar bandar dengan barang dan projek segera. (Hal ini telah terbukti berkesan kepada masyarakat pribumi)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Jeniri juga berkata Najib telah memulakan lawatan selama enam hari di seluruh negeri ke semua komuniti etnik yang berbeza.
"Ini untuk menyampaikan mesej bahawa ia berusaha untuk mengatasi masalah mereka. Perdana Menteri 'menjual' jenama bahawa mereka baik terhadap rakyat," katanya.
Berdasarkan pengalaman lepas, sokongan kepada BN akan meningkat pada pusingan akhir kempen kerana faktor-faktor ini, katanya.
"Tidak banyak yang pembangkang boleh lakukan di sini. Akar umbi mereka tidak berkesan, (dan mereka tidak mempunyai) sumber yang terhad. "
Beberapa pemerhati telah melihat akan perlunya untuk Najib melawat para pengundi secara peribadi, memberikan jaminan penyelesaian cepat untuk isu-isu tempatan kerana masyarakat telah kehilangan kepercayaan pada janji-janji kosong para pemimpin negeri dan wakil BN di sini.
"Kerana dia adalah ketua negara, orang lebih percaya pada dirinya. Pendekatan ini dapat menangani pengundi yang lebih pedulikan tentang masalah-masalah tempatan berbanding isu-isu nasional atau Taib," kata seorang pemerhati.
Faktor penting lain adalah berapa banyakkah usaha pembangkang yang dibuat di dalam kawasan pengundian sejak lima tahun terakhir, dan apakah calon merela dikenali di kalangan pengundi.
Seperti pepatah Cina, 'semakin banyak membajak dan mencabut rumput, lebih baiklah tanaman'.sumber

No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com