Friday, April 15, 2011

BERITA DAN GAMBAR YANG DIHARAMKAN SIAR DI MEDIA-MEDIA PENCACAI APCO


Jom Ubah - Rakyat Sarawak membanjiri ceramah-ceramah Pakatan Rakyat!!!


Photobucket
Rakyat Sarawak di ceramah PAS/Pakatan Rakyat
Photobucket
Pemuda-pemuda Sarawak bersama Tuan Guru Haji Hadi
Photobucket
Rakyat Sarawak tekad bersama PAS/Pakatan Rakyat

Jom Ubah - Rakyat Sarawak membanjiri ceramah-ceramah Pakatan Rakyat!!!Photobucket
Inilah hasil pembangunan selama lebih 30 tahun yang dibawa oleh Barisan Nasional di Sarawak ...

SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.

Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.

Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.

Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.


Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang. Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.

Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang.

Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak. "Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Hiburan alternatif PAS dapat sambutan penduduk

MUARA TUANG, 15 April:Pendekatan yang diambil oleh PAS untuk mendekati masyarakat melalui hiburan alternatif ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di Dun ini.
Konsert Mini Bersama Mua’dz yang diadakan di kawasan berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan petang semalam dan Kampung Sungai Bandong malam tadi mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.
Walaupun tiada pentas yang sempurna, namun masyarakat tempatan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa tetap setia mengikuti persembahan Mua’dz dan Hafiedz Algebra yang ternyata menghiburkan mereka.
Celoteh bersahaja mereka berdua mencuit perasaan hadirin yang diselit dengan lawak jenaka spontan menambahkan keceriaan majlis berkenaan.
Lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan yang dialunkan oleh Mua’dz dan paluan berbagai jenis gendang oleh Hafiedz yang dikenali dengan panggilan Master Gendang mengundang reaksi spontan daripada hadirin.
Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian, penduduk juga diajukan soalan-soalan pengetahuan am dan diberikan hadiah bagi mereka yang berani tampil ke hadapan dan menjawab soalan.
Ternyata program PAS yang berteraskan prinsip dakwah seperti itu mampu mendedahkan masyarakat setempat bahawa parti itu mengizinkan hiburan yang tidak melalaikan.
Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma (gambar) turut dibuka kepada mereka yang ingin memeriksa tahap kesihatan masing-masing dan dikendalikan oleh tiga doktor daripada Papisma Perak.
Ada juga penduduk yang menyokong BN kelihatan berminat untuk hadir ke program tersebut namun kerana tidak berani, mereka hanya memerhati dan mendengar dari jauh.
Calon PAS di Dun ini, Noraini Hamzah turut bersama-sama dalam program ini dan beramah mesra dengan penduduk.
Menurut Pengarah HalWa Perak yang bertugas di Dun ini, Amizan Baharudin selain memperkenalkan PAS kepada masyarakat, mereka juga harus diperkenalkan dengan hiburan yang dapat membawa mereka mengenali dan mencintai Islam.
"Petugas Semenanjung yang datang ke sini juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada mereka.
"Kami melihat masyarakat terutamanya golongan muda sukakan hiburan. Jadi kami gunakan pendekatan hiburan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.
"Walaupun sekejap, tapi kami yakin usaha ini akan memberikan kesan positif kerana mereka dapat melihat bahawa Islam tidak menghalang kita untuk berhibur asalkan tidak melalaikan," katanya. -Hrkh

Perlantikan Khalid Sebagai Timbalan IGP Dipertikai. Imej Polis Akan Terus Merudum.

PKR ‘protes’ Khalid dilantik timbalan IGP

PKR menyifatkan keputusan Putrajaya melantik Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru adalah tidak wajar dan “satu langkah tidak bijak” jika mahu memulihkan imej PDRM.

Menurut naib presidennya N. Surendran, banyak pihak akan mempersoalkan pelantikan bekas ketua polis Selangor itu kerana kegagalan beliau dalam beberapa insiden kematian dan penyalahgunaan kuasa dalam pasukan polis Selangor.

Tambah Surendran, beliau sendiri tidak yakin akan kredibiliti dan keupayaan Khalid untuk memikul tanggungjawab orang nombor dua dalam PDRM.

Selain itu, tambahnya, pelantikan Khalid itu juga dilihat satu usaha untuk mengangkat beliau menjadi ketua polis negara selepa ini.

“Saya terkejut dengan pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan keputusan itu dilihat cubaan untuk melantik beliau sebagai ketua polis negara selepas ini.

“Pelantikan Datuk Khalid Abu Bakar adalah satu keputusan tidak bijak kerana ia jelas tidak akan membantu mengembalikan kepercayaan dan tidak akan meletakkan pasukan polis berada di landasan yang sepatutnya,” katanya sambil menambah Putrajaya perlu mengambil kira kepentingan awam dalam membuat keputusan penting seperti itu.

Khalid, Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam dilantik sebagai timbalan ketua polis negara menggantikan Datuk Husin Ismail yang bersara hari ini.

Tegas Surendran, dua kematian yang berlaku ketika Khalid masih memegang jawatan ketua polis Selangor adalah sebab utama mengapa beliau tidak layak untuk dilantik timbalan ketua polis negara.

“Beberapa alasan kenapa beliau tidak layak untuk menjawat jawatan itu adalah penyalahgunaan kuasa yang berlaku ketika beliau masih menjadi ketua polis Selangor, ia termasuk pembunuhan dan penganiayaan terhadap A. Kugan pada Januari 2009 dan kemudian kes tembakan sehingga menyebabkan kematian seorang remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang mana polis cuba untuk menutup kedua-dua insiden ini.

“Malah Datuk Khalid Abu Bakar juga tidak pernah memohon maaf atau bertanggungjawab atas dua kes kematian yang berlaku ketika memegang jawatan itu,”
 katanya.

Malah kata beliau, jawapan yang diberikan Khalid dalam kedua-dua kes itu menguatkan lagi keyakinan beliau tidak layak untuk memegang jawatan baru itu.

“Menjadikan keadaan lebih teruk dalam kes A. Kugan Datuk Khalid Abu Bakar memberikan komen dan jawapan yang tidak munasabah mengenai cara kematiannya iaitu Kugan meminum segelas air lalu mati.

“Sedangkan keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila badan A. Kugan mengalami kecederaan serius, begitu juga dalam kes Aminulrasyid apabila Datuk Khalid Abu Bakar berkata remaja itu adalah penjenayah dan cuba untuk melanggar kereta peronda polis,” katanya.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis manakala Aminulrasyid pula ditemui mati ditembak April lalu.

Tambah Surendran, keyakinan rakyat terhadap PDRM masih berada di tahap yang rendah ekoran dua insiden yang berlaku itu.

“Selain itu, PDRM perlu secara keseluruhannya dirombak semula, proses merekrut polis dan kaedah latihan juga perlu dikaji.

“Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC) perlu diwujudkan untuk memantau penyalahgunaan kuasa polis,” katanya. -TMI

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com