PRU Ke-10 Sarawak…Taib & Najib ‘malu’ besar?
Salam For All Rakyat Sarawak:
Kurang 12 jam dari sekarang, rakyat di Sarawak akan keluar meramai-ramai bagi membuang undi untuk memilih kepimpinan kerajaan baru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10, Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.16 April mungkin menjadi hari yang paling bersejarah dan gilang-gemilang jika rakyat dan pengundinya terus mengekalkan momentum untuk membuat perubahan.
Inilah, saat dan ketikanya, rakyat perlu membuktikan bahawa ‘rakyat’ adalah ‘hakim’ yang akan menggunakan ‘mahkamah’ (pilihan raya) secara adil setelah mendapat keterangan dan maklumat yang benar daripada ‘saksi’ (media) yang adil.
Banyak pihak termasuk pakar-pakar politik bebas meramalkan sama ada hasil kajian atau ‘lihat-lihat’ pandang dengan senario yang berlaku di Sarawak sepanjang berkempen 10 hari.
Sayangnya, kali ini Awang tidak berkesempatan untuk turut serta meninjau keadaan di Sarawak secara ‘life’ bukan kerana masalah jauh. Sebab, jika kira jauh itu tidaklah jauh sangat hanya kurang dua jam perjalanan udara sahaja.
Apa yang menjadi ‘halangan’ kerana tidak dapat hendak ‘adjust’ masa dengan keadaan sekeliling anak-beranak sahaja. Kes tidak ‘berat’ tetapi keadaan itu yang ‘berat’nya. Apa pun Awang tetap doakan kemenangan kepada rakyat yang ‘merdeka’.
Jika rakyat keluar mengundi esok (16 April-Sabtu) dengan kepala otak sendiri….Awang yakin Pakatan Rakyat boleh menang tetapi jika masih guna ‘otak orang lain’ bukan lagi pasti tetapi ‘wajib’ BN akan menang dengan kelebihan 2/3 majoritinya.
Cuma di sini, kali ini…Awang hendak paparkan bagaimana laporan kaji selidik yang pernah dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani yang juga kenalan Awang.
Katanya, Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak pada hari Ahad ini.
Menurutnya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di Dun N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.
Manakala, dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Dato’ Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.
Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.
Selain itu, keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat Dun pula didominasi oleh calon bebas.
Bagaimana pun keputusan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.
Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.
Manakala, Pakatan Rakyat pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.
Bagaimana pun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat Cina dan BN dengan 34 peratus sahaja.
Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus, diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.
SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding Pakatan Rakyat di tempat kedua dengan 32 peratus.
BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.
Pakatan Rakyat sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus. Manakala SNAP mengekori rapat di tempat kedua dengan 38 peratus.
Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.
Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, Pakatan Rakyat pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.
Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, Pakatan Rakyat dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus.
Berdasarkan laporan dan kajian tersebut sebenarnya cukup ‘merimaskan’ BN, menambahkan ‘kepanikan’ BN, ‘menakutkan’ BN. Sebab jika BENAR takdir BN ‘kalah’ sudah pastinya Taib Mahmud ‘MALU BESAR’ dan Najib lagi ‘MALU-MALU BESAR’.
Jika kita lihat dengan sambutan rakyat terhadap kempen Pakatan Rakyat sangat luar biasa dengan jumlah bukan lagi ratusan hadirin tetapi ribuan hadirin yang hadir.
Maka, untuk menyekatnya berlakulah kekecohan demi kekecohan seperti yang berlaku terhadap ceramah DAP di Kuching, malam ini (15 April) sebagaimana laporan media baru laman web Malaysiakini.
Ketika itu, orang ramai sudah memenuhi tempat letak kereta seawal jam 6.30 petang untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat tersebut.
Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua menganggarkan jumlahnya melebihi 10,000 orang dan keadaan menjadi riuh-rendah apabila, seorang pemimpin DAP bertanya kepada ribuan hadirin "Polis mahu kita berhenti, ada mahu?"

Orang ramai menjerit “Tidak, polis balik kampung!” Sejurus kemudiannya, Tony mengumumkan yang mereka akan meneruskan ceramah tersebut, walau pun dilarang oleh pihak polis.
Bagaimana pun, beliau (Tony) meminta para penyokong DAP-Pakatan Rakyat supaya bertenang dan ‘tidak menghina’ pihak Polis.
Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota Polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan tersebut.
Polis menafikan permit dikeluarkan kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan ‘terbuka’ di Sri Aman. Tapi, jika BN boleh belaka seluas-luasnya termasuk guna semua saluran tv, radio, internet dan media arus perdana.

Bagaimana pun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.
Secara ringkasnya, orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapang di situ dan sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang dan akhirnya mencecah hampir 10,000 orang.
Secara ringkasnya, orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapang di situ dan sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang dan akhirnya mencecah hampir 10,000 orang.
“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.
Sementara itu, di Sadong Jaya pula seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.
Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.
Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh Ketua Penaja Cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.
Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.
Beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.
Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.
PAS meletakkan Ketua Pemuda Sarawak, Abang Eddy Abang Fauzi, 34, di Dun ini. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy bertanding di Parlimen Batang Lupar, tetapi tidak menang.
NOTA: “INGAT BN…INGAT BARANG NAIK…”-kam
Foto-Foto Ceramah Terakhir PR di Sarawak
Walaupun hujan lebat puluhan ribu orang membanjiri ceramah malam terakhir DAP di Kuching. Walaupun ceramah itu cuba dihentikan polis barua BN atas alasan "permit yang diberikan hanya untuk aktiviti tertutup". Polis gagal berbuat demikian meskipun dengan kehadiran FRU, kerana penduduk yang hadir enggan akur kepada arahan polis.
Apa khabar Taib!! Sesak nafas kan!!
PRU-13; Wajib Kepada PAS ganti Umno
MARANG - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata menjadi suatu kewajipan yang besar kepada ahli parti (PAS) untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya akan datang.
Ia adalah kerana menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menentang PAS bagi menghalang parti ini melaksanakan perintah Allah SWT.
Katanya, Umno-BN adalah parti kemungkaran besar dalam negara ini kerana mengekalkan sistem serta mempertahankan dasar-dasar penjajah.
“Kita (PAS) hendak laksanakan kebajikan, kita hendak laksanakan perintah Allah Ta’ala. Mereka (Umno) lawan kita (PAS).
“Marilah kita lawan Umno dengan keyakinan, dengan kepercayaan. Umno dan Barisan Nasional adalah parti kemungkaran yang besar dalam negara kita, yang mengekal dan mempertahankan sistem yang dibawa oleh penjajah,” ujarnya ketika merasmikan Himpunan Muslimat PAS Terengganu, disini, Jumaat 15 April.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa Umno yang bertanggungjawab melemahkan agama Islam serta menggalakkan maksiat berlaku dalam negara.
Oleh itu, katanya menjadi satu kewajipan besar kepada PAS menggantikan Umno semula setelah dijatuhkan tahun 2004 lalu.
“Kita (PAS) mempunyai satu kewajipan yang besar untuk mengganti Umno, setelah PAS dijatuhkan (2004). Kewajipan yang sangat besar, bukan kewajipan yang kecil.
“Umnolah yang melemahkan agama Islam, Umnolah yang menghapuskan tulisan jawi, Umnolah yang menghidupkan hiburan dan menggalakkan anak-anak muda kita kepada maksiat.
“Umnolah yang menjadikan negara kita ‘dibanjiri’ oleh kemungkaran (maksiat) sehingga anak-anak muda kita tenggelam dalam kemungkaran,” ujarnya di hadapan lebih 5,000 hadirin.
Menurutnya, Umno-BN perlu ditukar-gantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara. -BO
**Dengar Ucapan Dato' Seri Hadi di Buletinonline Radio

No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com