Friday, April 1, 2011

Video Seks: KPN Kata Ia Tulen. Persoalannya.



Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh trio Datuk T yang terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. -mk

IGP: Video seks didedah ‘Datuk T’ tulen

KUALA LUMPUR, 1 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks, yang didedahkan oleh “Datuk T” awal minggu lalu, bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti ahli politik yang didakwa terlibat dalam adegan seks dalam rakaman video seks itu.

Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pada 23 Mac lalu, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.

Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan. -TMI

Keputusan itu tidak menghairankan. Keputusan yang diumumkan sempena pilihanraya negeri Sarawak.

OK. Rakaman mungkin boleh dikatakan tulen sebab ia hitam putih - tidak dapat dikesan sebarang "superimposed" kerana yang melakukannya adalah juga "pakar" di dalam teknologi.

Pakar teknologi boleh pada bila-bila masa mengalahkan pakar perfileman.

Jika demikian, persoalan kini: Siapa pula "pelakon" itu? Seperti yang didedahkan sebelum ini, tidak mustahil wujud wajah seiras tetapi tak serupa.

Kedua setakat mana "kepakaran" mereka yang dikatakan "pakar" yang telah menyiasat kes tersebut? Apa kelulusan dan pengalamannya di dalam bidang teknologi? Ianya perlu didedahkan untuk ketelusan.

Ketiga, bagaimana pula kesalahan mereka yang merakam, memiliki, menyimpan dan mempertontonkan video seks berkenaan?

Ia semuanya dibebankan kepada pihak Polis dan Peguam Negara jika beliau ingin meneruskan kes tersebut. -GB

FB: Yahudi tetap yahudi jua!

Jerusalem: Akhirnya, laman sesawang Facebook, menghapus akaun Intifadhah Palestina Ke-III pada selasa lalu. Pemilik Facebook menilai akaun itu tersebut bertujuan untuk berkempen mengangkat senjata melawan Israel.

Penghapusan akaun Intifadah Palestina Ke-III setelah protes dan desakan Israel kepada pemilik Facebook, Mark Zuckerberg. Israel mendakwa akaun Intifadhah menimbulkan konflik politik dan bertentangan dengan kebebasan bersuara. Laman itu juga dikatakan sebagai penyebar kebencian.

Intifadha Palestina Ke-III telah memiliki lebih dari 350.000 fans ketika diblok. Akaun ini mengajak warga Palestine turun ke jalan raya berdemontrasi selepas solat Jumat pada 15 Mei akan datang sebagai bermulanya kebangkitan intifadhah. "Hari Kiamat hanya akan tiba jika kaum Muslimin telah membunuh semua orang Yahudi," sebagai posting di wall Intifadhah.

Menurut pengelola Facebook, halaman tersebut dibuat untuk mengajak melakukan demontrasi secara damai dengan menggunakan istilah “intifadhah” yang dikaitkan dengan kekerasan di masa lalu. "Walau demikian, setelah mendapatkan publisiti, komentar yang muncul makin panas dan langsung menyeru kepada kekerasan. Secara langsung pembina laman itu akhirnya mengajak melakukan kekerasan juga," kata Andrew Noyes, Manager Komunikasi dan perhubungan awam Facebook.

"Kami memonitor tiap yang dilaporkan kepada kami, dan ketika mereka menyeru kearah kekerasan atau ekspresi kebencian, seperti yang terjadi dalam kes ini kami harus segera menyekatnya" tegas Noyes. “Ianya bukan kebiasaan kami untuk menyekat segala seruan yang ada unsur menentang negara-negara, agama, entity politik atau ideologi.”

"Revolusi Facebook", kata Moyes, turut berperanan dalam menjatuhkan rejim di Mesir dan Tunisia. Laman sesawang sosial telah menjadi agen perubahan dan alat politik yang kuat, yang menuntut para pengguna di seluruh dunia membuat kempen ketika memposting.

Hakikatnya pengaruh Israel cukup kuat mencengkam dunia. Mereka bimbang laman Intifadhah telah membangkitkan tekanan terhadap pemerintahan Palestine agar bersatu menghadapi Israel. Mahmoud Abbas terpaksa pergi ke Gaza dalam usaha mengadakan kerjasama dengan Hamas apabila laman ini membangkitkan kebangkitan rakyat yang memberi kata-dua kepada Mahmoud Abbas. Bimbang dengan pengaruh laman internet sebegini yang telah memberi kesan kepada kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir. Tindakan awal adalah dengan menutup laman tersebut. Ianya juga dibimbangi membangkitkan intifadhah khususnya kepada generasi baru terhadap pemerintahan zalim Israel.

Beginilah rangkaian yahudi yang berpengaruh dalam menentukan apa-apa yang memberi keuntungan kepada Israel dan blok barat. Mereka menjadikan pengaruh internet untuk menjatuhkan kerajaan dan pemerintahan tajaan mereka sendiri di negara-negara umat Islam demi kepentingan minyak dan kuasa mereka tetapi dengan segera menutupnya jika boleh menjejaskan kepentingan mereka. Dan FB akhirnya tunduk kepada desakan dan kepentingahn yahudi juga. -

JENIS ORANG DAN KENTUT MEREKA



*Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

* Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

* Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

* Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

* Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

* Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

* Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

* Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

* Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

* Orang BODOH Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

* Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

* Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

* Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

* Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

* Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

* Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

* Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

* Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

* Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....

* Orang tak ada KERJA Orang yang baca entri ni sambil ketawa dan terkentut-kentut.. kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

 Tumpu p'raya Sarawak, jangan peduli media pro BN

KUALA LUMPUR, 1 April: Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh jentera parti menumpukan sepenuh perhatian kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sangat penting kepada Pakatan Rakyat.
Nasharudin berkata, jentera parti tidak seharusnya terpengaruh dengan laporan media pro Umno BN berkaitan urusan dalaman parti khususnya berkenaan pemilihan pimpinan Jun ini.
"Saya minta jentera dan ahli PAS tumpu kepada pilihan raya di Sarawak. Jangan terbawa-bawa dengan laporan media yang cuba membangkitkan isu dalaman parti khasnya yang berkaitan dengan pemilihan," katanya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau, media sedangkan diperalatkan Umno BN untuk melaga-lagakan saf pimpinan parti.
"Musuh politik kita sedang memperalatkan media untuk melaga-lagakan saf parti," katanya.
Katanya juga, seluruh jentera mesti bekerja bersungguh-sungguh di Sarawak untuk menumbangkan BN.
"Kita harus bekerja kuat di Sarawak," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Menyentuh mengenai persiapan di Sarawak, beliau berkata setiap jentera telah dibahagikan kepada lima kawasan yang ditandingi PAS.
Ujarnya juga, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan turut sama membantu di setiap kawasan. -Hrkh

Selangor lulus enakmen kebebasan maklumat

DUN Selangor mencatat sejarah hari ini sebagai dewan perwakilan pertama yang meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (2010).
NONERang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor Elizabeth Wong.

Cadangan rang undang-undang itu disokong oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.

Dalam ucapannya, Elizabeth antara lainnya berkata enakmen baru itu merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.

Katanya lagi, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan. -M'kini

Gelombang Biru: ATM Rela Jadi Kuda Tunggangan UMNO BN

Projek 'Lautan Biru Strategi 3' tiada kaitan pilihan raya

SERIAN: Projek 'Lautan Biru Strategi 3' yang dikendalikan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sedang dilaksanakan di beberapa kawasan pedalaman negeri ini, tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad, berkata jika ada pihak mengaitkan projek berkenaan dengan politik, mereka sebenarnya silap kerana ia sudah lama dirancang.

Malah, katanya, peruntukan untuk melaksanakan projek membina kediaman rakyat miskin menerusi Program Bantuan Rakyat (PBR) sudah dikeluarkan sejak tahun lalu.

“Saya ingin menegaskan, projek ini bebas daripada sebarang unsur politik, jauh sekali berkaitan dengan pilihan raya Sarawak.

“Kami melaksanakan projek ini demi kesejahteraan rakyat miskin di luar bandar dan harap ia tidak dikaitkan sebagai projek pilihan yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya selepas majlis penyerahan rumah PBR kepada Juwim anak Nyaie, di Kampung Bunan Gega, di sini, semalam.

Sebanyak dua rumah baru dibina di kampung berkenaan, manakala empat lagi dibaiki mengikut program berkenaan.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zain dan Panglima 1 Divisyen,Mej-Jen Datuk Awi Suboh.
Ibrahim berkata, sebanyak 9,400 rumah PBR akan dibina di seluruh negara tahun ini dan di Sarawak sebanyak 3,183 unit akan dibina dengan kos sebanyak RM1.03 juta.

Bagi projek pembinaan rumah baru, setiap projek memerlukan peruntukkan antara RM40,000 hingga RM44,000 manakala untuk projek membaiki pula memerlukan kos RM12,000 setiap satu.

Katanya, kementerian memilih ATM sebagai rakan kongsi untuk menjayakan projek ‘Blue Ocean’ kerana ia dijamin cepat dalam tempoh singkat dan menjimatkan kos.

Sementara itu, Zulkifeli, berkata, selain membantu agensi lain melaksanakan projek untuk kemudahan rakyat, ATM khususnya Tentera Darat juga memanfaatkannya untuk mendekatkan diri dengan rakyat.

Selain PBR, beliau berkata, pihaknya juga melaksanakan projek pembinaan jalan raya di kawasan pedalaman, termasuk jalan sepanjang 76 kilometer dari Ba' Kelalan ke Long Luping di hulu Baram.

“Malah, anggota kami juga terbabit dalam projek bekalan air bersih di 12 daerah negeri ini bersama Jabatan Kesihatan dan sebanyak 37 lokasi sudah dikenal pasti dengan peruntukkan sebanyak RM5.2 juta disediakan,” katanya. 

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan ATM menyangkakan semua rakyat bodoh seperti mereka.

Cuba menggunakan topeng bernama 'Lautan Biru Strategi 3" apabila rela menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk berkempen di pilihanraya negeri Sarawak.

UMNO BN menggunakan pelbagai strategi untuk "merasuah" rakyat, sekalipun mereka berselindung di sebalik pelbagai kumpulan dengan pelbagai jenama.

Diantaranya seperti diatas, lansung tidak bermaruah memperalatkan Angkatan Tentera. Jika benar tiada muslihat dan tiada apa-apa kaitan dengan PRN Sarawak, mengapa perlu namanya "Gelombang Biru" yang tiada lansung kaitan dengan ATM? Bukankan "Gelombang Hijau" lebih bertepatan dengan warna sesebuah angkatan tentera? Celoreng biru hanya digunakan oleh pelatih PKLN. Sejak bila ATM menurunkan darjatnya serendah itu? Itulah kedudukan mutu dan darjat ATM sekarang ini.

Selain dari itu, UMNO BN juga menggunakan NGO yang membawa penari-penari separa boleg menganjurkan majlis makan malam dan mengadakan cabutan bertuah mengagihkan pelbagai hadiah untuk rakyat yang selalu dilakukan di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di Semenanjung.

Apa-apa pun semua penipuan UMNO BN tidak akan kekal. Satu hari rakyat akan tetap buka mata dan UMNO BN pasti tumbang juga! -GB

P'raya Sarawak: 'Gelombang' PAS bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 1 April: Gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.
Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.
Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
"Kita hanya ada dua gelombang untuk pilihan raya Sarawak dan kedua-dua gelombang sudah diisi dengan petugas," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini. -Hrkh

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com