Friday, April 15, 2011

Nama @swak4chg terhangat di Twitter


Harakahdaily   
KUCHING, 16 April: Akaun kempen untuk DAP di Sarawak, @swak4chg merupakan nama yang paling hangat disebut di Twitter pagi ini, lapor Politweet.org, satu laman yang menyelia dan mengumpul data-data kempen Sarawak di Twitter.

Sehingga pagi ini, @swak4chg mendahului akaun Twitter Barisan Nasional, @BN4Sarawak dan juga @BN4Miri dengan 2461 kali digunakan (mention) oleh pengguna Twitter berbanding 878 kali.

Sementara itu, SNAP dengan akaun @ngebalan di tangga ketiga dengan angka 818 kali mendahului akaun PKR @bgu_sarawak pada tangga keempat dengan 404 kali.

Lebih menakjubkan lagi, pada malam terakhir kempen pilihanraya Sarawak semalam, akaun DAP @swak4chg melonjak apabila digunakan sebanyak 498 kali berbanding BN @BN4Sarawak pada 151 kali, SNAP @ngebalan 121 kali dan PKR @bgu_sarawak sebanyak 68 kali.

Data itu dilihat seiring dengan peningkatan hadirin ceramah di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh DAP di Sibu, Miri dan Kuching – terutamanya semalam di mana para penganalisa politik menyifatkan tapak ceramah bertukar menjadi Dataran Tahrir di Mesir dengan kebangkitan rakyat Sarawak yang inginkan perubahan politik.
 

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com