Saturday, April 9, 2011

TERKINI!! Pilihanraya DUN Sarawak: Pencacai Umno-APCO Buat Hal Lagi!!




Di mana ada Anwar Ibrahim, di situ ada 
pencacai malaon Umno-APCO kah kah kah...


Buat pertama kalinya selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, program ramah mesra bersama pengundi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu pihak polis.

Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena.

Gangguan polis yang masuk kali keempat setakat ini terhadap Anwar di negeri itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.

Polis kemudiannya membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan.

Sebelum ini, polis melakukan perkara yang sama pada tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, di DUN Semariang dan Satok minggu lalu.

Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman.

“Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh.

Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini,” kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan.

“Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin.

Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi.

Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi DUN N61 Bekenu.

Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com