Sunday, January 23, 2011

Pencalonan Cikgu Mala Bangkitkan Semangat Kaum Hawa



Normala 'kejut' pengundi hawa

ALOR SETAR - Strategi Pas meletakkan calon wanitanya, Normala Sudirman, 38, bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah sebahagian daripada usaha parti itu untuk menyedarkan kaum wanita bahawa sokongan mereka juga penting kepada parti.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, langkah ini juga dibuat supaya berlakunya kebangkitan semula pengundi wanita untuk sama-sama menyumbang kepada parti.

“Saya harap wujud satu perubahan besar apabila kita meletakkan calon wanita kali ini. Selama ini pun kita tak pernah pinggirkan calon wanita. Seingat saya, pada tahun 1969 calon wanita Pas ada bertanding, dan selepas era 90an, semakin ramai calon wanita diletakkan,” katanya.

Ir Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri dan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah berkata, Pas tiada masalah untuk menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, walaupun sebelum ini calon lelaki lebih menjadi pilihan.

“Perbezaan jantina bukan ukurannya, yang penting calon Pas mampu tarik keyakinan pengundi dan memang layak. Semua akar umbi parti harus yakin pada kebolehan Normala dan tak perlulah pihak lawan memperlekeh kemampuannya hanya kerana dia seorang wanita,” katanya.

Menurutnya, potensi untuk Pas menang dalam pilihan raya kecil ini agak cerah memandangkan jumlah pengundi wanita yang keluar mengundi adalah besar.

“Kita kotakan janji bila cakap akan letak calon wanita,” katanya.

Ir Phahrolrazi berkata, kontinjen pilihan raya Pas Kedah turut hadir pada hari penamaan calon semalam, dengan menghantar 100 petugas untuk berkhidmat di peti undi Labis.

“Semua peringkat turun padang daripada Pemuda hinggalah Muslimat untuk sama-sama berkempen di Labis. Kita juga mengadakan syif bertugas bermula awal pagi hingga malam bagi memastikan calon wanita kali ini dapat mewakili penduduk di situ sebagai wakil rakyat,” katanya. -SH

Foto-foto ini menyebabkan UMNO tak tenang di Tenang.

Sebaik saja selesai proses penamaan calon semalam, Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak memandang ringan dan memperlekehkan calon parti lawan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

YB Dr Siti Mariah merakamkan foto-foto ini.


















Gambar Tenang: Rumah Penduduk Daif, Mat Rempit Dimewahkan

Keadaan rumah penduduk yang daif

Duit minyak ditaja UMNO/BN

Keadaan dua gambar yang berbeza di DUN Tenang N.05 membuktikan UMNO/BN meminggirkan rakyat sebaliknya membayar kos yang tinggi untuk mat-mat rempit jalanan membuat kacau semasa hari penamaan calon.

Mat rempit upahan UMNO/BN

Walaupun UMNO/BN menang pada tahun 2008, ia tidak cukup untuk membuktikan mereka adalah pilihan rakyat kerana masih terdapat rakyat yang dinafikan hak mereka untuk mengecapi kehidupan yang lebih mewah dikala pemimpin UMNO/BN itu hidup senang lenang.

Mat-mat rempit pula menjadi taruhan UMNO/BN untuk membuat huru-hara di hari penamaan calon serta membuktikan mereka kurang bijak atau dengan kata lain mereka terlalu bodoh dalam menjaga keprihatinan rakyat.

UMNO/BN membayar kepada mat-mat rempit untuk minyak petrol adalah sekitar RM200 setiap motor. Satu pembaziran yang cuba ditujukkan oleh UMNO/BN dikala rumah seperti dalam gambar di atas perlukan pembaikan.

Gambar Sekitar Kempen Cikgu Mala 23 Jan/Ahad...










Semoga Berjaya...InsyaAllah...


Harussani anggap Soi Lek hina Islam, perlu minta maaf

LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.

Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.

Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.

“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.

“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,” kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.

“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.

“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.

“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.

Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.

Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.

Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.

“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.

“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.

Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.

Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya. -MI


Macamana MCA Tak Keliru Sdgkan UMNO Sendiri Tak Faham Islam?


Calon kata MCA tak faham adab Islam

Calon PAS Normala Sudirman hari ini membidas BN, khususnya MCA kerana gagal memahami adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media.

Sehubungan itu, Normala berkata Umno sepatutnya memahamkan komponen BN bahawa menyifatkan isu itu bukanlah isu.

"Dan kita lihat, inilah realiti yang perlu difahami masyarakat Malaysia," katanya.

Normala yang dikenali sebagai Cikgu Mala mengulas kebimbangan bahawa beliau tidak bersalaman tidak dengan lelaki sepanjang sejak mula berkempen pilihan raya di DUN Tenang.

Lelaki Tionghua

Dalam pilihan raya ini, Normala bakal dicabar oleh calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil 30 Januari ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin PAS, antaranya dua naib presiden Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar serta ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad.

Mengulas mengenai lawatan beliau ke Pasar Tani Labis, pagi ini, Normala turut menegaskan "tiada seorang pun lelaki Tionghua" bersalaman dengannya kerana mereka sudah memahami mengenai kedudukan perkara tersebut selepas majlis penerangan anjuran PKR dan DAP.

"Tapi prinsip asas sebagai seorang Islam, saya cukup jaga (adab bersalaman dengan lelaki) untuk mencari redha Allah," tegasnya.

Sementara itu, Dr Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mengingatkan pihak media supaya tidak membesarkan perkara itu sehingga "mengurangkan" isu yang lebih besar sepanjang kempen pilihan raya ini.

Sebelum itu, dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Salahudin, beliau membayangkan PAS akan mendedahkan beberapa isu yang berkaitan dengan Mohd Azahar.

Bagaimanapun, ahli parlimen Kubang Kerian itu menegaskan ia "tidak berkaitan dengan peribadi" calon BN.

"Tunggu... Ia bukan berkaitan peribadi. Kami bukan seperti pihak-pihak lain," katanya sambil menambah pendedahan tersebut akan dibuat dalam masa "sehari dua lagi". -mk


Isu salam - UMNO gagal fahamkan rakan BN

LABIS, 23 Jan - Calon pilihanraya kecil Dun Tenang Cikgu Normala melahirkan rasa simpati dan kesal beliau terhadap isu salam yang dimainkan presiden MCA, Chua Soi Lek semalam.

Menurut beliau, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana MCA adalah parti yang lama bersama dengan UMNO dalam Barisan Nasional.

"UMNO sepatutnya mendidik dan memahamkan rakan-rakan parti komponen mereka berkenaan hak-hak individu muslim,

"Namun, selepas 53 tahun Malaysia merdeka, parti melayu itu masih gagal untuk menjalankan tanggungjawab mereka," jawab beliau ketika diminta mengulas isu tersebut selepas sidang media harian parti itu pagi tadi.

Menjawab sama isu itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, UMNO dianggap sengaja menimbulkan isu seperti itu untuk mengalihkan fokus pengundi terhadap isu sebenar yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

"Isu sebenar pilihanraya ialah soal kebajikan dan sosio ekonomi masyarakat," tegasnya meminta media supaya memfokuskan isu dan masalah utama dalam Dun itu.

Chua Soi Lek menimbulkan isu berkenaan walaupun kempen pilihanraya belum diisytiharkan bermula. Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan itu pernah menimbulkan soal berkenaan kedai di Kota Bharu yang ditutup pada hari perayaan Aidil Adha. -n05tenang


Benar, kerana selama ini bukan-Islam bukan saja tak faham adab Islam tetapi keliru, berpunca dari UMNO yang menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik terhadap Islam.

Mereka bukan saja saja boleh bersalaman, malah boleh bercium dan berpeluk dengan yang bukan muhrim di hadapan khalayak awam.

Ini adalah kerana, UMNO sendiri tak berapa faham tentang Islam yang mereka anuti. Hal ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO yang bernama Isa Samad. Isa Samad mendedahkan:

Kita (UMNO) sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. -GB

Boleh baca di SINI.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com