Monday, January 17, 2011

Perbincangan Terbuka Depan Khalayak ,


http://buletinonline.net/images/stories/berita39/DSC02798.JPG- Kalau Najib takut berdebat
KEMAMAN
 - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta perbincangan terbuka depan khalayak ramai atau pendedahan terbuka menerusi media mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat dapat dilakukan jika cabaran debat terbuka mengenai isu ekonomi berhubung pelan itu ditolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika tidak diadakan debatpun, sebaiknya diadakan perbincangan terbuka di khalayak ramai atau pendedahan terbuka mengenainya di media.

“Saya lihat tidak ada sebab untuk beliau (Najib) bimbang (terhadap jemputan debat atau perbincangan mengenai isu ekonomi berhubung Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat itu) kerana beliau mempunyai ratusan pakar ekonomi untuk membantu beliau,” katanya pada sidang media sempena Majlis Himpunan Rakyat; Pas Ganti UMNO yang diadakan di Dataran Tok Guru Kampung Geliga, dekat sini, Sabtu 15 Januari.

Anwar berkata demikian ketika mengulas berhubung cabaran debat terhadap Najib yang sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas seperti mana dikehendaki.

Cabaran debat itu dikemukakan Anwar selepas Najib membidas Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat sebagai pelan populis serta tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menawar diri untuk berdepan dengan Anwar bagi menggantikan Najib dalam pendebatan terbuka mengenai cara kendalian ekonomi negara berkenaan tetapi tawaran itu ditolak Anwar.

“Setakat ini beliau (Najib) memberi respons supaya rakyat membaca dan menilai dahulu Buku Jingga yang mengandungi Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara.

“Namun, ruang untuk rakyat membaca dan menilai Buku Jingga itu sangat terbatas,” katanya.

Sehubungan itu, kata Anwar, seiring dengan amalan demokrasi di negara ini dan sekiranya Najib yakin terhadap dasar kerajaan sedia ada, sebaiknya perbincangan terbuka mahupun pendedahan melalui melalui media mengenai pelan itu wajar diadakan.

Katanya, perdebatan mahupun perbincangan terbuka mengenai pelan yang dibidas Najib itu sangat penting kepada rakyat.

“Jika cadangan ini dipersetujui, saya juga sentiasa bersedia pada bila-bila masa,” katanya.

Anwar sebelum ini turut menegaskan tuduhan mengatakan Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan memufliskan negara adalah tidak benar kerana negara ini sememangnya menuju ke arah muflis jika kerajaan UMNO-Barisan Nasional terus berhutang sewenang-wenangnya - SH
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com