11.30 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan. 11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR mengumumkan tiada bantahan yang diterima.
SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN. 10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".
10.40 am: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.
10.10 am: Calon PAS Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.
Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.
10.05 am: Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.
10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.
9.50 am: Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.
Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor. Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.
Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.
9.12 am: Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang. 9.07 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.
Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.
9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.
9.02 am: Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.
Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.
8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.
8.54 am: Perarakan kini berada tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.
8.50 am: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.
Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.
8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.
8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.
8.40 am: Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.
8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.
8.28 am: Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.
8.23 am: Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.
8.20 am: Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.
8.15 am: Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.
8.06 am: Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.
8.02 am: Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.
Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat. |
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com