Saturday, January 29, 2011

Detik Cemas UMNGOK..


Gambar Yang "MEROYAN"kan Umno Di Tenang..

(Terselah sikap hormat kaum lain terhadap kepimpinan Islam,
lihatlah bagaimana tangan Tuan Guru dipimpin..Aduhh sadiss)

Suasana seperti ini tidak wujud pada masa dulu..kini Pimpinan PAS
sudah dipercayai dan diterima oleh kaum lain menyebabkan Umno
menjadi gila meroyan dengan suasana ini..kerana takut "kuasa reput"
mereka akan lenyap sedikt masa lagii...
Kalau dulu hanya Umno saja yang diterima sebegini rupa,tapi
kini,apabila kaum lain sudah sedar akan kezaliman,tipudaya
dan fitnah pimpinan UMNO terhadap Parti Islam,lantas
mereka kembali bersama dengan pimpinan dan parti Islam yang
menegakkan kebenaran sejagat lalu semakin reputlah
Parti Sekularr pimpinan Umno..Takbirr

Juragan : Maka Umno kini semakin mereputtttt

KHAS@TENANG - Pengundi India dan Cina akan undi Cikgu Mala



24 Safar 1432H
LABIS - Presiden Parti Makkal Sakhti Malaysia, R. Kannan yakin 60% pengundi India di DUN Tenang akan mengundi calon PAS, Normala Sudirman. Beliau yang ditemui oleh team Cina Islam disini berkata, para petugas partinya telah berkampung selama lebih dua minggu di DUN terbabit.


Menurutnya, apabila petugas Makkal Sakhti bertemu dengan pengundi-pengundi India dibawah, majoritinya di kampung Tenang Jaya mendapati pengundi kaum India takut menyatakan sokongan secara terbuka. Mereka sebenarnya, kata beliau bukan tidak menyokong PAS namun mereka bimbang kepada ugutan dan disisihkan dari mendapat bantuan.





Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Selangor, Ng Suee Lim berkata 75% pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sudah bersiap sedia untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Felda Cemplak disini semalam.


Ng yang fasih bertutur dalam bahasa 'Jawa' berkata, kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh negeri itu.


Katanya wakil-wakil rakyat dari parti DAP telah menyokong peruntukkan tersebut membukti bahawa parti itu bukan sebuah parti yang anti Islam.


Beliau menempelak sebenarnya parti MCA lah yang menghina Islam dan hukum-hakam Islam.


Katanya, MCA menjadi 'sesat' kerana berkawan Umno/BN berbanding dengan DAP yang dapat memahami hukum-hakam Islam apabila bersama PAS dan PKR dalam muafakat Pakatan Rakyat.


PRK Tenang: Ceramah DAP Hebat, Ceramah MCA Lengang


BN cuba selamatkan undi Cina, PR pula sasar FELDA dan estet


Meskipun PRK Tenang menyaksikan pertarungan antara UMNO-Barisan Nasional dengan PAS-Pakatan Rakyat, namun kelihatan rakan partinya lebih bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen.


Antaranya, MCA menurunkan tujuh orang Timbalan Menteri untuk mengetuai pasukan kempennya, malah Presidennya Chua Soi Lek dan anaknya, Chua Tee Yong, juga penyandang kerusi parlimen Labis, melawat ke semua tokong Cina dan pasar malam di situ.


Sementara itu, DAP pula mencurahkan sokongan sepenuhnya kepada PAS untuk menangkis serangan isu Negara Islam yang memanah Pakatan Rakyat. Selain strategi kreatifnya yang bertemakan "TUKAR" sempena Tahun Baru Cina, kenyataan demi kenyataan media dikeluarkan untuk menyanggah setiap tuduhan yang dilemparkan MCA, malah mencabar agar Chua Soi Lek tampil berdebat.

Ceramah anjuran DAP juga mendapat sambutan yang memberangsangkan di kawasan yang majoritinya pengundi Cina. Hampir setiap ceramah yang diadakan DAP pada waktu malam menarik kira-kira 500 orang - bukan sahaja penuh sesak, tetapi orang yang datang berdiri sepanjang malam sehingga ceramah tamat.

Jamuan malam MCA disambut dingin

Sebaliknya, jamuan malam anjuran MCA menerima sambutan yang dingin daripada penduduk tempatan. Kekosongan meja dan kerusi kelihatan di merata-rata sungguhpun Chua Soi Lek turun sendiri ke jamuan tersebut. Malah, Chua Soi Lek kelihatan kekok apabila tidak ramai yang menyahutnya ketika beliau melontar soalan untuk memanaskan suasana. Situasi ini berbeza dengan apa yang berlaku di ceramah anjuran DAP - meriah dengan sorakan dan tepukan.

Jika dilihat kepada statistik PRU ke-12 - di kawasan Bandar Labis Tengah yang 96% terdiri daripada pengundi Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Namun, untuk kerusi parlimen Labis pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Dengan kata lain, DAP mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina di Bandar Labis Tengah ke paras 73.8%, sebagaimana yang diraihnya dalam PRU ke-12.

MCA yang semakin terasa bahangnya membariskan lebih ramai pemimpin untuk ceramahnya, misalnya Naib Presiden Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu; Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong, Timbalan Ketua Pemuda merangkap EXCO kerajaan negeri Perak Mah Hang Soon dan sebagainya. Bagaimanapun, usaha ini digagalkan cuaca yang menurunkan hujan pada Khamis lalu. Begitu juga dengan ceramah PR, yang terjejas bilangan kehadiran lantaran cuaca hujan, sungguhpun membariskan Nik Aziz, Lim Kit Siang, Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, bekas Menteri Besar Nizar Jamaluddin dan sebagainya.

Langkah MCA agak lambat

MCA yang mengasak dengan isu Negara Islam, akhirnya berdepan dengan tuntutan pertubuhan Cina, yang mahu agar Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Segamat diwujudkan semula. MCA agak lambat dalam langkahnya untuk mengendalikan isu ini, sehingga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berjaya mengambil kesempatan untuk mendesak MCA-BN.

Chua Soi Lek cuba melontar balik isu ini dengan mencabar agar kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor mengambil mereka yang tamat pengajian di sekolah swasta Cina sebagai kakitangan awam. Malah, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai mendakwa ini kali pertama dirinya tahu isu "mewujudkan semula sekolah menengah swasta" ini, yang pada hakikatnya janji BN pada 25 tahun lalu.

Sejauh manakah isu sekolah cina swasta ini mempengaruhi pola pengundian hanya diketahui pada malam 30 Januari. Apa yang pasti, PR memiliki kelebihan dalam penguasaan undi Cina. Dan ia menjadi cabaran kepada Chua Soi Lek, lebih-lebih lagi kawasan DUN Tenang berada di bawah kerusi parlimennya, yang diwarisi dari bekas Presiden Ling Liong Sik, sebelum dilepaskan kepada anaknya ekoran skandal seksnya.

UMNO kukuh di FELDA

Bagaimanapun, UMNO kini kelihatan menguasai tiga kubu tradisionalnya, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak. Ketiga-tiga kawasan ini mempunyai 4,118 undi peneroka FELDA keturunan Melayu, iaitu kira-kira 28% daripada undi keseluruhan DUN Tenang, atau bersamaan 59% undi Melayu.

Pengamatan MerdekaReview mendapati harga getah dan kelapa sawit yang melonjak mungkin menjadi faktor positif untuk BN. Kawasan kediaman mereka agak selesa, bersih dan segar, dihiasi bendera UMNO mahupun BN. Jelas, peneroka FELDA agak takut untuk berdepan dengan media, dan enggan menjawab soalan yang diajukan wartawan.

Menurut pengurus kempen PAS, Syed Osman, mereka berdepan dengan kerumitan ketika cuba menyebarkan maklumat di kawasan FELDA. Penduduk di kawasan FELDA tidak berani untuk menghadiri aktiviti anjuran PAS, terutamanya aktiviti kecil-kecilan, kerana takut identitinya dikenalpasti.

Di kawasan ladang yang majoritinya pengundi India pula, telah digulakan BN dengan hamper, kemudahan infrastruktur sejak awal lagi. Malah, pemimpin BN yang turun ke situ menyelitkan amaran yang tersirat dalam gurauannya, bahawa pemilik ladang adalah pemimpin BN. PR kini cuba menembusi ladang estet dengan pemimpin India-nya dalam tempoh yang kurang daripada 48 jam, sebelum hari pengundian pada 30 Januari.

Sesungguhnya, PRK Tenang juga merupakan satu cabaran kepada PAS, yang menguji sama ada parti politik ini mampu bertahan di kawasan campuran. Malah, ia juga menguji sejauh manakah hubungan kerjasama antara DAP-PAS-PKR, yang hampir tiga tahun terjalin di bawah nama Pakatan Rakyat. -MR


*Leong Khong ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel-artikelnya dalam bahasa Cina.


Ribuan sertai ceramah perdana terakhir



Gambar oleh Wan Zahari
LABIS, 29 Jan: Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah penutup kempen utama mereka di Tenang malam tadi.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.


Kawasan tanah lapang yang disewa oleh PAS berhadapan dengan Dataran Wayang Pacak mereka telah diberikan nama jolokan iaitu Dataran Cikgu Mala sempena dengan nama calon PAS untuk pilihan raya kecil Tenang.
Kehadiran begitu ramai ini memberikan gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kalau tidak semua mereka adalah penduduk tempatan, kesanggupan mereka datang membayangkan sokongan untuk Pakatan dari seluruh negara walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu oleh media BN.


Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurukamera Harakah, Wan Zahari Wan Salleh. -Hrkh

Tenang - jangan gadai Islam hanya kerana satu kerusi

Harian Metro bertarikh 27 Januari 2011 di ruang Dialog Kota Raya telah memaparkan gambar situasi di Tenang. Ada 2 watak di dalam gambar ini. Seorang wanita Islam dan seorang pula wanita cina menjual ikan.


Apa yang berlaku dalam gambar ini? Kartun sinis menghina calon Pas, Cikgu Mala. Isu bodoh yang dibangkitkan oleh Chua Soi Lek Porno. Gambar ini menghina Umat Islam khasnya muslimah dan agama Islam sendiri.
Mengapa biadap sangat umno apco ini hingga tergamak menghina agama sendiri dan sanggup bersekongkol dengan pemimpin yang mengaku terlibat dalam video lucah.


Penghinaan dan sindiran tidak henti-henti sejak kebelakang ini terhadap Islam, bermula dengan kata-kata menakutkan kaum cina jika tertubuh negara Islam oleh MB Johor, kemudian di tambah pula penghinaan tentang apakah hebat-nya nilai Islam itu oleh Chua Soi Lek pelakon porno.


GERAKAN turut sama mempertikaikan hukum tatasusila cara Islam kemudian ditegur TPM setelah mat sembab malu sebab ditegur oleh mufti Perak yang meminta Chua minta maaf pada umat Islam. Chua Soi Lek tetap dengan pendirian..tidak akan menarik balik segala kata-katanya.


Inikah gagasan 1Malaysia yang najib war-warkan..??? Islam dihina,dipermainkan,dipertikaihukumnya dengan luas di media-media massa arus perdana...


Janganlah kerana sebuah kerusi DUN N5 TENANG Islam menjadi sindiran media...Kementerian Dalam Negeri adakah hanya berpeluk tubuh..??? Ke mana hilangnya pejuang Melayu Islam tulen Zulkifli Noordin dan 40 ulamak muda dan ustaz kangkong umno?


Janganlah pula nanti sampai rakyat kata umno bodoh macam lembu. Jangan sampai rakyat kata umno dan lembu tak dapat dipisahkan..jika dipisahkan..pincanglah lagu dan rosaklah seni seperti kata P.Ramlee..


Dalam filem P.Ramlee yang "ever green" dari dulu kini dan selamanya bertajuk Pendekar Bujang Lapok, Sudin berkata..alif mim nun wau..alif tendang wau..sarkis..maknanya umno itu sarkis.


Tahniah kepada Cikgu Normala dan suaminya yang sentiasa tenang di Tenang mengharungi tohmahan dan fitnah umno dalam perjuangan ini. Mereka juga tenang mengharungi banjir di Tenang.







PRK Merlimau: Penamaan Calon 26 Feb Pilihanraya 6 Mac


Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.


Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.


Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.


Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

"Berikutan dengannya, SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya. -mk




Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Engkau, Ya ALLAH

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Tidak ada tuhan melainkan ALLAH yang Esa. Tidak ada sekutu bagiNya. BagiNyalah kekuasaan dan bagiNyalah segala puji-pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Selawat dan Salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.

Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Selamatkanlah negara kami Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.

Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.

Sekiranya kami dan pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah kami dan mereka, wahai ALLAH.

Sekiranya para pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.

Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Normala binti Aminah telah Engkau takdirkan sebagai pemimpin kami, maka kami mohon pertolongan Engkau wahai ALLAH, permudahkanlah usaha dan perjuangan kami dalam majlis penentuan pemimpin kami di bumi milik Engkau ini.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah dan iringilah majlis penentuan kami ini dengan rahmat Mu dan akhirilah majlis penentuan ini dengan kemenangan kepada hamba Mu Normala binti Aminah.

Ya Rabb, sepertimana kasihnya kami kepada Normala binti Aminah, mohon kami kepada Engkau Ya Allah, limpahilah, kurniakanlah dan cucurilah kasih Engkau kepada hamba Mu Normala binti Aminah kerna sesungguhnya kasih Engkau adalah nikmat yang penuh hikmah.

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki Engkau yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah.

Selawat dan salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Ameen Ya Rabb.
Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com