Saturday, December 4, 2010

Isu Ingkar meningkari!!!!

  • about an hour ago · 
  • Telinge Berbulu KESAH BENAR: Isu Kafir Mengkafir

    PAS sering dituduh UMNO mengkafirkan UMNO. Tapi, tahukah anda bahawa TIDAK PERNAH walau sekalipun, di dalam mana-mana Ucapan Dasar Presiden semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, menyatakan yang UMNO itu .........kafir?

    Hakikatnya, mengkafirkan UMNO itu bukan polisi dan dasar PAS. Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja.

    YANG... MULA MENGKAFIRKAN UMNO ADALAH TOK2 GURU PONDOK DI KEDAH DAN KELANTAN

    Yang mula mengkafirkan UMNO adalah Tok2 Guru Pondok dari Kelantan dan Kedah semenjak tahun 60an lagi. Isu-isu yang membawa Tok2 Guru ini berijtihad bahawa UMNO kafir adalah:

    1.0 Loteri UMNO 1951

    2.0 UMNO menghalalkan arak

    3.0 UMNO menghalalkan judi

    4.0 UMNO menolak hukum shariah Islam dan hukum jenayah Islam

    5.0 UMNO menolak Negara Islam

    6.0 UMNO menyokong murtadnya Natrah

    7.0 UMNO bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menghalang terlaksanya hukum Islam

    8.0 UMNO menyebarkan fahaman “Politik Suku Agama Suku” kepada orang2 Melayu Islam

    9.0 UMNO menindas institusi-insititusi pondok dan “sekolah2 agama “ rakyat

    10.0 UMNO menghalalkan hiburan yang mengkhayalkan

    11.0 UMNO membuka kilang arak

    12.0 Pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu ramai yang kaki botol dan kaki minum arak

    13.0 Pemimpin2 UMNO pada masa itu majoriti meninggalkan solat (kecuali pemimpin2 UMNO dari Johor)

    dan banyak lagi sebab-sebab yang membawa kepada ijtihad sedemikian.

    Malahan, pada awal tahun 2000, Tulang Besi pernah bertanya kepada salah seorang YB PAS dari Kedah sekarang dan beliau memberitahu Tok2 Guru Pondok ini, walaupun telah tua, masih berpegang dengan ijtihad bahawa UMNO itu kafir. Ertinya mereka tidak pernah berganjak dari ijtihad mereka.

    UMNO GELABAH, SALAHKAN PAS

    UMNO sudah tentu menggelabah dan berpeluh2 dengan ijtihad yang datang dari Tok-Tok Guru Pondok ini. Rata-rata Tok2 guru ini dihormati dan disegani di atas keilmuan mereka.

    Kalau UMNO cuba untuk mendakwa Tok2 guru ini di Mahkamah Syariah, nescaya tiada hakim yang sanggup mendengar kes mereka kerana kesemua hakim2 mahkamah syariah pada masa itu menghormati tok-tok guru pondok ini. MAjoriti mereka adalah anak2 murid kepada tok2 guru tersebut.

    Maka, strategi telah dirangka dan akhirnya UMNO membuat cerita fitnah kononnya tuduhan kafir ini datangnya dari PAS dan bukannya dari pondok.

    KEBETULAN PONDOK2 ADALAH KUBU PAS

    Pada masa itu, secara kebetulan, kubu2 PAS adalah di kawasan yang banyak institusi pondok. Maka, apabila UMNO melayangkan fitnah ini, mudahlah rakyat Melayu mempercayainya. Ini kerana pada tahun 60an rakyat tidak dapat membezakan antara Pondok dengan PAS. Dan oleh kerana media amat jarang pada masa itu, fitnah UMNO ini mudah sahaja ditelan oleh majoriti orang Melayu.

    Dan berapa ramaikahn orang Melayu pada masa itu yang dapat mendengar UCapan Dasar yang dibaca oleh Yang Dipertua Agung PAS?Juga, ramai Tok2 Guru pondok pada tahun 60an memegang jawatan dalam PAS, bertanding pilihanraya mewakili PAS, menjadi Ahli Parlimen dan ADUN PAS serta berkempen dan berusaha mengembangkan pengaruh PAS.

    Misalnya kerusi Pengkalan Chepa. Waktu Tok Guru Nik Aziz bertanding dalam pilihanraya kecil pada tahun 1967, beliau bertanding kerana wafatnya Tok Guru Haji Ahmad Kerian akibat dari penyakit yang beliau dapat selepas beliau ditahan di bawah ISA. (Soalan kepada UMNO: Tok Guru Haji Ahmad ni kominis jugak ke?). Ertinya, semenjak dahulu lagi PAS adalah parti yang mengangkat martabat ulama dan tok-tok guru, tidak seperti UMNO.

    Maka, fakta ini memudahkan lagi UMNO menyebarkan fitnah kononnya PAS mengkafirkan UMNO.

    POLISI MENGKAFIRKAN UMNO MERUGIKAN PAS

    Hakikatnya, PAS tidak pernah mengkafirkan UMNO. PAS tidak mampu mengkafirkan UMNO kerana ribuan ahli2 UMNO adalah pengundi tegar PAS.

    Sebagai contoh, arwah datuk saya adalah seorang pegawai kerajaan. Kalau di RTM pada tahun 60’an dan 70’an, siapa yang tidak kenal “Haji Zainal Bilik Berita”. Semua Menteri2 mahu berkawan dengan beliau. Pernah sekali waktu Tunku Abdul Rahman berucap, arwah datuk saya datang lambat. Arwah Tunku boleh berhenti berucap dan meminta arwah datuk saya duduk di depan.

    Di zaman orang2 Melayu naik haji dengan kapal, arwah datuk saya naik Haji bersama rombongan Yang Dipertuan Agung dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sungai Besi. Siap arwah datuk saya dapat masuk Kaabah lagi.Begitu rapatnya arwah datuk saya dengan UMNO dan pemimpin2 UMNO.

    Namun, setiap kali pilihanraya umum dan kecil, TIDAK PERNAH arwah datuk saya mengundi Kapal Layar (Perikatan) ataupun Dacing (Barisan Nasional). Arwah datuk saya akan mengundi, secara “default”, lambang Bulang Bintang ( atau Bulan PAS).Ertinya PAS tidak mungkin mengeluarkan fatwa demikian kerana ia merugikan PAS sebagai parti yang memerlukan undi. Fatwa yang sedemikian hanya akan menyebabkan ribuan serta puluhan ribu ahli dan penyokong UMNO berhenti mengundi PAS.

    UMNO BERJAYA MENYELAMATKAN DIRI MEREKA SEKALI LAGI DALAM ISU KAFIR MENGKAFIR

    Akibat penguasaan media yang begitu ketat oleh UMNO, maka UMNO terselamat sekali lagi dalam isu kafir mengkafir ini.Dan yang masyarakat pandang serong akhirnya adalah PAS kerana masyarakat ramai yang terpengaruh dengan fitnah UMNO ini.

    Saya sering mencabar juak-juak UMNO untuk mendakwa PAS di Mahkamah Syariah kiranya benar PAS mengkafirkan UMNO. Seringkali cabaran saya ini tidak berani dijawab oleh juak-juak UMNO kerana mereka tahu tuduhan mereka adalah palsu.

    Atapun saya cabar juak2 UMNO supaya bawa SATU Ucapan Dasar PAS yang menyatakan UMNO itu kafir. Saya cabar mana-mana juak UMNO supaya bawa ke hadapan bukti.Yang UMNO takut adalah sedarnya masyarakat orang Melayu/Islam bahawa tuduhan kafir ke atas UMNO ini sebenarnya datang dari pondok-pondok dan bukannya dari PAS.

    Tidak hairanlah UMNO begitu agreasif membunuh pondok-pondok serta sekolah-sekolah agama rakyat kerana takutnya mereka akan terdedahnya rahsia ini.

    Semoga artikel ini dapat memberi keupayaan kepada pembaca semua di dalam membuat penilaian dan membezakan yang mana intan dan yang mana kacaSee MoreSee MoreSee More

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com