Saturday, December 4, 2010

Bangsat!!!...

  • Umno Bangsat Jangan Melayu Bangsat
    Hari ini sebuah parti yang mengaku sebagai terbesar dalam Malaysia telah menjadi sebuah parti yang kebulur kepada kuasa. Mereka sanggup menggadai nyawa rakyatnya sendiri agar kuasa yang mereka hampir hilang ini kembali kepada mereka semula.

    Dahulu mereka cukup menentang demonstrasi. Mereka siap memanggil mereka yang suka berdemo di jalanraya adalah beruk - beruk. Mereka sanggup mengarahkan pihak polis untuk membelasah rakyat di jalanraya. Bagi mereka, orang suka berdemonstrasi itu merupakan satu kelompok rakyat yang bangsat di mata mereka.

    Sekarang, pantang ada isu hatta kecil sekali pun mereka akan menggerakkan puluhan penyokong mereka untuk berdemonstrasi. Mereka sanggup menjerit terpekik melolong untuk menyatakan perasaan marah mereka. Dahulu budaya ini mereka katakan budaya beruk. Tapi sekarang mereka pula sanggup jadi beruk. Lihat betapa bangsatnya Umno. Mereka boleh buat, rakyat? Jangan sesekali buat kerana anda semua akan dihina zaman - berzaman. Tolonglah Melayu, jangan terikut budaya bangsat mereka ini.

    Dahulu ketika mereka berkuasa hebat. 2/3 kerusi parlimen mereka kuasai. Dialog, pembincangan, rundingan meja bulat dan apa - apa lagi tidak dipernah dianjurkan kepada parti PAS. Bagi mereka ketika ada kuasa, PAS merupakan parti sampah yang harus diterajang ketepi. Bagi mereka ketika ada kuasa, PAS merupakan parti paling tidak guna dalam sejarah Malaysia. PAS harus dilenyapkan dalam warna - warni politik Malaysia.

    Sekarang, apabila kuasa sudah mula terhakis. 2/3 kerusi parlimen sudah dinafikan. Umno semakin terkapai - kapai. Umno semakin lemas dengan anggota Bn semakin gagal mendapat sokongan undi kaum lain. Maka isu perkauman dan isu agama dimainkan. Mereka cuba menagih simpati. Maka PAS dijemput ke meja bulat. PAS diajak berunding. PAS diajak untuk bersatu atas nama Melayu dan Islam. Semua itu diajak ketika mereka Umno semakin lemah. Lihat betapa bangsatnya Umno. Tolonglah Melayu, jangan terikut budaya bangsat mereka ini. Termasuk juga beberapa pemimpin PAS. Boleh jangan terikut budaya bangsat ini tak?

    Dahulu orang - orang yang tinggal di kampung setinggan tidak pernah dianggap wujud pada mata mereka. Bagi mereka iaitu Umno, orang - orang yang tinggal di kampung setinggan dianggap sampah masyarakat yang berkeliaran di kota - kota besar. Bagi mereka, orang - orang kampung setinggan harus dilenyapkan dari kota. Lihat saja Kampung Berembang, lihat saja Kampung Fajar di Ulu Kelang (yang hampir dirobohkan). Semuanya dihalau bagaikan anjing. Anak - anak kecil ditendang oleh pihak berkuasa, makcik dan pakcik ditolak bagaikan tiada nilai dalam kehidupan di kota ini, ibu bapa ditengking dan dipukul oleh mereka.

    Sekarang apabila kuasa tiada ditangan mereka. Barulah sekarang orang - orang kampung setinggan dianggap mulia. Barulah rumah - rumah mereka mahu dipertahankan. Barulah mereka pula menjadi mahu menjadi hero pada rumah setinggan ini. Walaupun isu itu mampu diselesaikan dengan baik oleh Pakatan Rakyat. Namun setelah beratus rumah setinggan dirobohkan puluhan tahun oleh mereka, baru sekarang mereka pula beria mahu membela mereka. Semuanya kerana mereka sudah hilang kuasa. Lihat betapa bangsatnya Umno. Tolonglah Melayu, jangan terikut budaya bangsat mereka ini.

    Dahulu mereka lupa pada kebajikan rakyat. Dahulu mereka cukup anti kepada mereka yang bersuara atas kepentingan rakyat. Dahulu mereka berkuasa penuh. Habis semua dipaksa ikut perintah mereka. Sekarang apabila tersepit, kuasa kian terhakis, mereka dianggap sampah oleh rakyat pula, barulah mereka cuba bangkit kembali dengan slogan - slogan bela rakyat. Namun rakyat tahu, mereka ini semuanya berpura - pura. Negeri - negeri lain yang diperintah oleh mereka tetap sama seperti mereka di negeri - negeri lain sewaktu mereka berkuasa. Bongkak, berlagak, angkuh, dan sombong.

    Rakyat Malaysia jangan jadi bangsat seperti mereka. Melayu tolonglah, cukup diri anda diperbodohkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com