Wednesday, May 11, 2011

Umno mainkan isu bangsa dan agama


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/idrisceramahcukai.jpg- kerana perlukan 5% sokongan Melayu Islam
KEMAMAN - Kekerapan Umno dan Barisan Nasional (BN) memainkan isu yang menyentuh bangsa dan agama menandakan pilihanraya umum ke-13 adalah terlalu hampir.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan paling awal pada bulan Julai akan datang dan selewat-lewatnya akan diadakan pada bulan November.

Menurutnya ada empat isu yang berkaitan bangsa dan ugama yang akan di'heret' oleh Umno-BN sehingga pilihanraya umum diadakan.

"Bunga-bunga pilihanraya (umum ke-13 akan diadakan) sudah dekat, dijangka pilihanraya akan diadakan pada bulanJulai, secepat-cepatnya, kemungkinan juga (kalau) habis lewat dalam bulan November,

"Teruitama kalau kita lihat dari segi isu yang dibangkitkan, isu video seks, isu Umno mahu berbaik dengan PAS supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, isu (agama rasmi) negara digantikan dengan kristian (dan) PAS dianggap sebagai kuda tunggangan DAP,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kuala Kemaman, disini, 9 Mei.

Namun begitu, katanya, isu-isu yang dimainkan tidak mendapat perhatian, sebaliknya menimbulkan kemarahangolongan terbabit kepada Umno-BN.

Menurutnya, oleh kerana sokongan masyarakat Cina dilihat tidak akan kembali, BN akan memberikan kepada pengundi Melayu.

"Mutakhir, dengan daftar pemilih penggal pertama yang baru saja dikeluarkan, kita lihat di Selangor klhususnya, hampir 80,000 berlaku penambahan pengundi, teruitama DUN (majoriti orang Melayu) untuk mereka fokus,

"jadi, mereka tidak boleh tunggu lama, yang penting mereka mahukan kuasa,"jelasnya.

Beliau mendakwa, Umno-BN akan cuba mendapatkan undi Melayu sebanyak lima peratus dikawasan-kawasan Melayu yang ditandingi, samada peringkat DUN atau Parlimen bagi mengekalkan kuasa mereka.

Belaiu menolak dakwaan bahawa orang Melayu tdak boleh berubah, malah yakin, orang Melayu juga boleh berubah sebagaimana kaum lain yang menyokong PAS dan Pakatan, sekiranya diberikan penerangan.

"jentera penerangan kita (mungkin) tidak sampai ke kawasan (dimana) orang Melayu menjadi pengundi tegar, bukan orang Melayu tidak boleh berubah,

"kita mesti terangkan (kepada mereka) antaranya PAS lebih bijak untuk menjaga (orang) Melayu daripada Umno,"tegasnya.

Selain itu, menurutnya, maklumat juga mesti disampaikan kepada orang Melayu bahawa Umno telah berpakat dengan MCA untuk mengkhianati Islam dan Melayu.

Katanya, Umno telah menggunakan kapasitinya, bukan untuk menaikkan taraf orang-orang Melayu, malah sebenarnya Umno telah menindas mereka. -BO

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com