Wednesday, December 1, 2010

Perkuburan Islam Sungai Petani

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)

MENGENALI TPISP

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh,
Sebelum saudara mengenali TPISP dan melayari laman ini, marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan kepada semua Allahyarham dan Allahyarhamah ibu, bapa, kaum keluarga, sahabat handai dan  jiran tetangga  kita yang telah kembali kerahmatullah dimana sahaja mereka dikebumikan, terutama yang dikebumikan di TPISP mudah-mudahan Allah meletakan  roh mereka di sisi roh orang-orang yang soleh. " Sejahteralah bagi mu wahai semua ahli kubur, semoga Allah  mengampun kamu dan kami - kamu telah mendahului kami dan kami akan mengikuti mu kemudian".
Al-Fatihah................... Amin.......
Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP) ialah sebuah tanah perkuburan Islam yang beroperasi sejak Jun 2007 dengan meliputi 9 buah Masjid/Qaryah di sebelah Timur Bandar Sungai Petani dengan jumlah penduduk sekitar 130,000 orang. Tanah Perkuburan ini di kendalikan dengan konsep pengurusan moden dan sistematik mempunyai misi dan visi tersendiri bagi mengwujudkan sebuah perkuburan Islam dalam taman yang menarik dan ceria di ziarahi. Insha Allah....

LATAR BELAKANG

Sejak zaman berzaman masyarakat Islam di Malaysia menguruskan tanah perkuburan secara tradisional dengan kesinambungan apa yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Setiap kampong/masjid mempunyai tanah perkuburan sendiri dengan keluasan terhad hasil wakaf individu tertentu didalam masyarakat. Tiada ada garis panduan khusus untuk pengurusan yang lebih baik atau secara teratur dan sistematik. Pengkebumian didalam kelompok keluarga di amalkan dengan berbagai jenis batu nisan yang tidak seragam. Tanaman tidak terjaga dan kelihatan semak hingga timbul gambaran perkuburan Islam sesuatu yang menakutkan. Foto tanah perkuburan Islam tradisional di negara kita:
Jika kita melayari internet dan melihat tanah perkuburan orang Islam di negara bukan Islam contohnya di England dan sekitar negara Eropah dan Africa Utara dan Timur Tengah, seperti Green Garden Muslim Cemetery dan Gardens Of Peace, kita dapati penghormatan dan ingatan mereka yang masih hidup kepada saudara Muslimin yang telah meninggal dunia dapat dibuktikan dengan  kita melihat tanah perkuburan mereka.  Ianya kelihatan tersusun, lanskap yang menarik, pokok-pokok mengikut kaedah lanskap yang baik, penyimpanan rekod yang kemas biarpun dah berpuluh tahun meninggal dunia. Foto tanah perkuburan Islam di negara bukan Islam di Eropah:
Senario di negara kita amat berbeza dimana, semasa hidup kita amat menyayanginya tetapi setelah ia dikebumikan lama-kelamaan  kasih sayang itu terhakis. Sememangnya  apabila mati seorang anak Adam terputus segalanya dengan yang hidup, tetapi doa anak yang soleh dan sesiapa sahaja yang berdoa boleh sampai dengan izin Allah. Suatu masa dulu TV melapurkan  sebuah  tanah perkuburan di negara kita semak samun, menjadi sarang maksiat dan aktiviti tidak sihat sehinggakan ada waris yang menangis bilamana melihat tanah perkuburan saudara mereka jadi demikian.
Diatas kesedaran inilah TPISP mengambil langkah percubaan memperkenalkan sistem pengurusan tanah perkuburan yang lebih baik dan sistematik. Menziarahi tanah perkuburan akan menguatkan semangat untuk hidup tetapi bersedia bila-bila masa untuk mati bila dikehendaki Allah. Foto Perkuburan Islam moden dan sistematik yang dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP):

SEJARAH
Bandar Sungai Petani, Kedah pesat membangun dengan pertambahan penduduk yang pesat. Masaalah mula timbul bila berlaku kematian, tanah perkuburtan semakin mengecil. Pertengahan 2006, Tanah Perkuburan terulung di Sungai Petani, iaitu Kg. Raja tidak lagi dapat menampong nya, maka beberapa qaryah berdekatan secara bersepadu memohon kepada Kerajaan Negeri Kedah tanah untuk dijadikan tanah perkuburan secara bersepadu.Hasil sumbangan dari Yayasan Al-Bukhari serta sumbangan beberapa pihak termasuk qaryah terlibat, proses menyediakan tapak dilakukan.

LOKASIIa terletak 9 km dari Pusat Bandar Sungai Petani iaitu di Darul Aman Perdana, disebelah Utara Taman Kelisa dan sebelah Timur Aman Jaya . Dibawah pentadbiran Kerajaan Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK). Disegi politik ia terletak di Parlimen Merbok dan DUN Bukit Selambau. Urusan agama dibawah pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kuala Muda. Alamat rasmi ialah:
Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP)
Darul Aman Perdana @ Taman Kelisa
08000 SUNGAI PETANI
Kedah Darul Aman

Map data ©2010 MapIT - Terms of Use
Map
Satellite
Hybrid
Terrain

From Address:  






OPERASI TPISP
Tanah Perkuburan ini memulakan operasinnya mulai 01 Jun 2007. Upacara Perasmian dilakukan oleh En Ali Yahaya dengan mengadakan mesyuarat pertama di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda pada 23 Mei 2007 dengan bacaan doa selamat dan perlantikan Jawatankuasa . Saudara Zulkifli bin Haji Said membentangkan kertas kerja pengurusan tanah perkuburan secara moden dan sistematik. Mesyuarat bersetuju dengan pembentangan kertas kerja tersebut dan menamakan tanah perkuburan ini dengan nama TANAH PERKUBURAN ISLAM SUNGAI PETANI(TPISP) Tarikh penguatkuasaan penggunaannya ialah pada 01 Jun 2007. Jenazah pertama di kebumikan ialah pada 06 Jun 2007 iaitu jenazah seorang perempuan dan yang kedua seorang lelaki suami nya yang kedua-duanya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Jenazah ke 3 hari yang sama ialah seorang lelaki kerana sakit tua. Keluasan keseluruhan nya ialah 12.131 ekar.  Perkuburan di  Fasa Pertama ini hanya meliputi 2.5 ekar sahaja.  Bakinya akan dibuka bila fasa pertama berbaki 10 peratur lot pengkebumian.

MATLAMAT
1. Memenuhi tuntutan Islam agar tanah perkuburan kelihatan seumpama ‘taman-taman syurga' yang bersih, kemas, menarik bagi menimbulkan keceriaan dan menggalakan waris/orang ramai menziarahinya sebagai mengingati Allah dan ingat akan kematian.
2. Mengamalkan satu peraturan untuk semua bertujuan mempercepatkan pengkebumian. Melaksanakan amanah Allah menjaga persekitaran dan alam sekitar di tanah perkuburan
3. Mewakili waris simati mengurus tadbir tanah perkuburan mengikut kehendak Islam.


VISI
Menjadikan Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani sebagai tanah perkuburan Islam contoh dengan pengurusan yang sistematik supaya ia menjadi destinasi yang suka di ziarahi oleh semua umat Islam

MISI
Mengatur upacara pengkebumian dengan cepat, mengurus tanah perkuburan secara lebih moden dan sistematik dan memudahkan waris mengakses maklumat ahli keluarga yang dikebumikan di TPISP dimasa hadapan.

KONSEP
Tanah Perkuburan ini berkonsepkan tanah perkuburan dalam taman dan mesra alam sekitar,dengan warna tema hijau/kuning.




PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Ahli Jawtankuasa Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani (TPISP) bagi  pihak seluruh penduduk Islam di 9 buah qaryah di Timur Sungai Petani merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, yang sudi menganugerahkan sebidang tanah untuk perkuburan ini,  kepada  Yayasan Al-Bukhary yang menyumbang untuk kerja-kerja awal penyediaan tapak perkuburan, kepada  Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), kepada Masjid-Masjid yang turut menyumbang dana awal penyediaan TPISP dan  juga kepada semua agensi-agensi kerajaan dan Badan Berkanun terutamanya Majlis Perbandaran Sungai Petani dan JKR Kuala Muda, dan kepada yang lain dimana telah secara langsung atau tidak langsung menyumbang apa-apa saja bentuk bantuan  sehingga dengan izin Allah Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani, kini menjadi satu komponen penting didalam pembangunan ummah/masyarakat Islam di Sungai Petani yang boleh dibanggakan. Insha Allah.



COMMENTS AND SUGGESTIONS
Visitors of this site are welcome to provide comments and recommendations to TPISP Management.  Please click the main menu on the  home  page 'guest book' and leave your remarks in the appropriate box provided.  Thank you for you concern brother (Pelawat laman ini dialu-alukan untuk memberi komen dan cadangan kepada pengurusan TPISP. Sila klik menu utama Buku Pelawat di laman utama dan tinggalkan catitan anda dikotak yang disediakan. Keperihatinan saudara diucapkan terima kasih).


STATISTIK  TERAKHIR  PENGKEBUMIAN
SEHINGGA   : 01 DISEMBER 2010 @ 25  ZULHIJJAH 1431 -  HARI  RABU  JAM 1130 PTG
LELAKI                                          225
PEREMPUAN                                    168
KANAK-KANAK KATEGORI 1                 3
KANAK-KANAK KATEGOR 2                47
JUMLAH                                        443
Untuk mengetahui jika ada saudara Muslimin kita yang meninggal dunia hari ini dan dikebumikan di TPISP , sila klik tajuk 'Pengkebumian Hari Ini' di menu utama.

email alternatif kami:
zulteja@ gmail.com


Terima kasih kerana melayari Laman Web kami, insha Allah mudah-mudahan kita beroleh menafaat.


zulkifli said - penyelaras tpisp 

1 comment:

  1. Terima kasih kerana memperomosikan laman web tanah perkuburan Islam Sungai petani, mudah-mudahan kita sama-sama ingat akan kematian.

    ReplyDelete

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com