Beberapa nama pengundi Cina dikesan dalam senarai pemilih Felda Tenang yang mana peneroka di situ sendiri tidak mengenali mereka.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, jika ia senarai lama yang 'tersilap' tentu ia melibatkan pengundi saluran satu sahaja, tetapi turut tersenarai pengundi muda.
“Sekurang-kurangnya setakat dikesan kira-kira 20 orang pengundi Cina dikesan di Felda Tenang,” tulisnya di dalam blog.
Justeru, beliau mempersoalkan apa sebenarnya yang berlaku dan SPR harus tampil memberikan penjelasan.
Tambahnya, penemuan itu adalah hasil gerak kerja kecil yang dilakukan pihaknya termasuk berjumpa dengan para pengundi sebelum hari penamaan calon pada 22 Januari ini.
Menurutnya, nama pengundi berkenaan dikesan terdapat di Peti Undi Felda Tenang iaitu antara peti undi dalam Dun Tenang.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab diharapkan dapat memeriksa nama dan nombor kad pengenalan dan memastikan tempat mengundi didaftar.
“Terlalu banyak nama dialihkan tanpa sedar, nama hilang dari senarai malah lebih parah lagi ada nama yang tak dikenali tetapi wujud dalam senarai pemilih dan ada pula 'orang tertentu' yang datang mengundi bagi pihak nama itu,” ujarnya yang lebih dikenali dengan CheguBard.
Untuk membaca lanjut berhubung perkara itu, pembaca boleh baca di SINI
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com