CHUKAI – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengiktiraf kepimpinan PAS dan menasihatkan pemimpin UMNO supaya mencontohi pemimpin PAS yang dan tidak memburukkan diri sesama sendiri
Beliau berkata demikian ketika mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak menghentam sesama sendiri sebagaimana pemimpin PAS yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.
Katanya perangai pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.
“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.
“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini, semalam.
Walau pun telah acap kali diwar-warkan, Ahmad masih mengulangi rayuannya supaya pemimpin Umno bersatu hati, bagi memastikan kemenangan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau turut meendabik dada, dengan mengakui memiliki jentera parti yang kuat dan bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa sahaja.
Namun sebaliknya, beliau kecewa dan mendedahkan, masih ada lagi pejuang Umno yang sanggup 'cah keting'.
“Sekarang kita memiliki jentera yang kuat, bagaimanapun ia tidak akan memberi makna sekiranya terdapat pejuang UMNO sendiri yang sanggup ‘cah keting’, bersikap api dalam sekam atau duri dalam daging.
“Jangan disebabkan tidak berpuas harti dengan UMNO, ada antara penjuang UMNO yang sanggup menjatuhkan UMNO. Sebaliknya sebagai pejuang sebenar, kita perlu sanggup mengorbankan jiwa raga demi memperkasakan parti bak kata orang ‘adat berparti, parti dipertahankan’,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau sebaliknya mendakwa dan menuduh Pas sebagai sebuah parti 'bukan menjadi tempat kepada orang Melayu untuk dijadikan tempat bergantung', dan 'mengacum' rakyat supaya tidak terpedaya dengan tipu daya parti pembangkang.
Ahmad juga melahirkan kegusarannya dengan kempen PAS Ganti Umno yang telah sedang dilaksanakan oleh PAS.
“Meskipun ketika ini Pas sedang ghairah menaikkan poster ‘Pas Ganti UMNO’ di beberapa kawasan tetapi bagi kita UMNO tetap di hati,” katanya. -BO

No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com