Biar bumi tercemar asalkan Kroni tokeh Kilang Bag Plastik senang linang.
Runding sebelum henti
GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini meminta Kerajaan Negeri berunding dengan pihak yang terbabit dalam industri plastik bagi mengadakan perancangan lebih baik sebelum menghentikan penggunaan plastik di negeri ini.
Ketua Biro Alam Sekitar parti itu, Tan Chai Liang berkata pengharaman plastik menimbulkan kegelisahan di kalangan pengeluar dan pihak industri yang membantah langkah itu.
“Sebarang perubahan dalam rancangan perniagaan perlu dilaksanakan beransur-ansur dari tiga hingga lima tahun. Pengeluar plastik dan industri ini telah menjadi sebahagian daripada ekonomi negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Chai Liang berkata, Gerakan Pulau Pinang tidak membantah usaha pemuliharaan alam sekitar bagi mengurangkan penggunaan plastik di negeri ini.
“Mekanisme polisi ini juga tidak menentu. Telah diketahui penggunaan plastik di pasar-pasar dan gerai penjaja adalah lebih banyak, mengapakah kerajaan hanya melaksanakan pengharaman plastik di pusat membeli-belah dan kedai-kedai runcit?” soalnya.
Mulai semalam, orang ramai perlu membawa beg mereka sendiri ketika membeli-belah di Pulau Pinang berikutan pelaksanaan kempen “Setiap Hati Tanpa Beg Plastik Percuma” di negeri ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan itu melibatkan semua pasar raya besar, pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak).
Bagaimanapun, kata Lim penjaja dan peniaga di pasar dikecualikan daripada peraturan baru itu.
Berikutan langkah itu, orang ramai yang masih mahu menggunakan beg plastik boleh memperolehnya dengan bayaran 20 sen sekeping. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com