Sunday, January 2, 2011

Ruangan "Suara Anda" Sinar Harian

Suara Anda
KECEWA apabila melihat ramai remaja Melayu Islam dicekup minum arak, positif dadah dalam serbuan oleh beberapa pihak berkenaan sempena Tahun Baru 2011 kelmarin. Tentunya begitu amat mendukacitakan pada masa pemimpin Melayu melaung laungkan memperkasa bangsa, golongan remajanya pula memperkasa diri di tempat lain. - HUHUHUK
Jika ada yang mengadakan ceramah atau kuliah, mula ada yang kata ajaran sesat. Namun penampilan seksi ketat wanita dan tidak laksanakan hukum hudud, tidak pula dikata sesat. Sampai bila tak akan selesai. - SUKA HUDUD, Tumpat
Seperti petikan di N3 yang berbunyi, Wan Azizah berjanji jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya menakluki Putrajaya, parti itu nekad untuk menghapuskan kutipan tol yang jelas hanya menyenangkan konsesi dan kroni. Sesungguhnya, inilah yang dikatakan pucuk di cita ulam mendatang, atau mengantuk disorokkan bantal. Nak jawab itu pun tak boleh. - CERMIN WAWASAN, Tumpat
PKR pada awalnya sememangnya cantik, kemas dan teratur walaupun ada sedikit silap yang diambil akibat tangkap muat. Maaf jika tersilap, pada sangkaan saya, ia bermula daripada jatuhnya Perak dek tiga orang daripada PR dan dua daripadanya ADUN PKR dan selepas itu ia melarat-larat sehingga kini.
Kecantikan tiada lagi dan kini mereka sudah merebut kuasa. Yang peliknya semua beragama Islam. Di mana maruah kita kini? Musuh sebelah juga mempunyai masalah namun mereka bijak menyelesaikannya tanpa melondehkan seluar sahabat sendiri.
PR Pas dan DAP jangan leka sekiranya dapat membantu. Jika tiada Pilihan Raya Umum ke-13, pasti ada negeri yang tumbang disebabkan beberapa kerat yang ingin berkuasa ini. Yang di luar jangan masuk campur, ingatlah azab Allah SWT lebih pedih lagi.
- ABANG OM

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com