Wednesday, February 9, 2011

Cerita pelik dan salah satu PENGHIANATAN Kerajaan Pusat pinpinan AMNO.

Cerita Pelik kami dengar heboh di Sungai Petani : Katanya Najib mai ke Kedah Taman Rhu sebulan yang lalu dia bawa ubi kayu satu treler untuk direbus dan di jamukan kepada pengikut AMNO tegar. Dalam ucapannya "kalau pembangkang perintah Malaysia, rakyat akan makan ubi kayu ... lagi satu dengar cerita ada sorang ustaz mintak kerja sama tukang azan surau berhampiran supaya tidak mengunakan pembesar suara pada waktu Asar pada hari program Najib berucap di Taman Tersebut...
Sesiapa yang tahu maklumat ini tolong confirm kalau tidak jangan panjangkan nanti jadi fitnah pulak...


Dan juga pada sebelah malam semasa berucap sambutan Taipusam di kuil hindu di Pekan Lama Sg Petani, ada orang menjerit/pelekeh Najib waktu dia sedang berucap (Orang India) "Peruntunkan nak beli tong sampah pun dikawal" sebab Pengurusan pelupusan sisa pepejal dah di ambil alih oleh Fedral (E-Idaman). Puak AMNO salahkan Kerajaan Negeri sebab tak reti nak menguruskan sampah.. wahal depa yang gubal akta pada 2007 yang mana pengurusan sampah di ambil alih oleh kerajaan pusat, walau pun tempoh percubaan di kira GAGAL terutamanya di Sungai Petani mereka (UMNO) tetap teruskan official depa ambil alih sepertimana yang kita tonton dalam berita TV1/3 minggu lepas.

Sampah selalu lambat dikutip terutama pada hari cuti menyebabkan bau teramat busuk..

Tong sampah yang daif dan ada setenggah tempat yang tiada tong sampah

Bau busuk hingga menggangu pengunjung gerai makan MPSPK yang berhampiran

Issue Kerajaan Negeri Pimpinan PAS tidak boleh mengurus sampah  kerap dijaja oleh puak AMNO..
Lihat bukti  siapa yang urus adalah satu Syarikat yang dipilih oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO.. saja nak khianati kerajaan negeri yang di perintah PAS dengan memberi  kepada Syarikat yang tak yang tiada kemampuan dari segala segi peralatan dan manpower untuk mengurus sampah di Sungai Petani..
Berikut adalah pengumuman/notis rasmi dari Majlis Perbandaran Sungai Petani,Kedah.
http://www.mpspk.gov.my/web/guest/pengurusansisapepejal

Pengurusan Sisa Pepejal

PEMBERITAHUAN
Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah dengan ini memaklumkan bahawa berkuatkuasa mulai 01 Disember 2009, Majlis tidak lagi mengendalikan kerja-kerja pembersihan awam seperti yang berikut :-
1) Kutipan sampah
2) Pembersihan longkang
3) Pemotongan rumput
4) Penyapuan
Kerja-kerja pembersihan berikut kini telah diambilalih oleh KERAJAAN PUSAT dibawah pengurusan "PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL NEGARA" (PPSPN).
PPSPN telah melantik syarikat E-Idaman untuk menjalankan semua kerja-kerja pembersihan tersebut berkuatkuasa mulai 01 Disember 2009
Sebarang masalah berkaitan boleh terus hubungi :
Alamat E-Idaman (Pejabat)
No. 215A & 215B, Jalan Perdana 3/1,
Bandar Perdana,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4219194
Faks : 04-4219206
Environment Idaman
Tol Free : 1800 88 3684
Encik Zam : 019-4778633
Aduan Longkang / Rumput / Kawasan
Encik Fendi : 019-2367276
Aduan Sampah / Reba / Tong Sampah
Encik Jaafar : 019-2359170

* Aduan masih boleh disampaikan melalui MPSPK bagi disalurkan kepada E-Idaman untuk tindakan atau pengaduan terus kepada syarikat berkenaan

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com