Wednesday, February 9, 2011

Polis Nak Sokong Lagi Pemimpin BN Setelah Mahathir Tibai Polis?



Ops Lalang: Kit Siang cabar Mahathir namakan pembangkang, jangan salahkan polis
KUALA LUMPUR — Lim Kit Siang hari ini mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan nama pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau bertemu dan memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan di bawah Operasi Lalang 1987.

Menjawab dakwaan Dr Mahathir bahawa polis yang mahu pemimpin-pemimpin pembangkang dan yang lain ditahan, Lim berkata:
Ops Lalang: Mahathir persalahkan polis
“Biar Mahathir menamakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang beliau telah bertemu dan memberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditahan, tetapi ia telah diatasi oleh polis menerusi Operasi Lalang.”

Dr Mahathir mengatakan demikian dalam buku terbaru “Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” tulisan Tom Plate.

Penasihat DAP itu berkata, Dr Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan masalah memori selektif dan fikiran tidak betul tetapi turut memutarbelitkan perkara tidak benar mengenai ketidakdilan yang dilakukannya selama 22 tahun menjadi perdana menteri.

Operasi Lalang atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis, agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik ketika itu.

Dalam Operasi Lalang ini, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.

Selain Lim, turut ditahankan ialah Chandra Muzaffar, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.

“Saya tidak pernah berjumpa dengan Mahathir dan beliau tidak pernah memberikan saya jaminan bahawa saya tidak akan ditahan sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 meskipun sehari sebelum itu saya bercakap di Parlimen ketika perbahasan bajet mengenai peningkatan ketegangan kaum dan saya meminta kesemua parti bersetuju dengan (syor) moratorium selama setahun di mana tiada isu perkauman, bahasa atau agama dicetuskan atau dibangkitkan bagi setiap rakyat Malaysia memberi tumpuan ke atas keutamaan negara mencapai pemulihan ekonomi dan pertumbuhan,” katanya lagi.

Kata Lim, tidak patut Dr Mahatahir mempersalahkan polis sebagai bertanggungjawab atas Operasi Lalang memandangkan beliau bukan sahaja tidak mempertahankan penahanan 106 orang di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), malah beliau menggunakan kuasanya selaku Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 8 akta itu untuk mengeluarkan perintah menahan selama dua tahun membabitkan 49 orang termasuk tujuh ahli Parlimen DAP.

Lim berkata, Dr Mahathir sentiasa membuat dakwaan palsu dan tidak berasas bahawa ahli-ahli Parlimen DAP ditahan bukan kerana mereka wakil rakyat atau disebabkan kepercayaan politik, tetapi kerana cuba untuk mencetuskan kerusuhan kaum.

Sebagai contoh katanya, Dr Mahathir memberitahu majalah Asiaweek keluaran 11 November 1988 bahawa beberapa orang masih ditahan kerana enggan memberi jaminan tidak akan mencetuskan perkauman lagi.

Malah kata Lim, sebenarnya salah guna ISA untuk tujuan peribadi, berfikiran sempit dan perasaan dendam adalah jelas memandangkan beliau dan anaknya Guan Eng, kini Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, adalah dua yang terakhir daripada 49 tahanan Operasi Lalang dibebaskan pada April 1989.

“Sedangkan yang lain dibebaskan bermula Jun 1988,” kata beliau.

“Saya selalu mengakui memang ada ketegangan kaum pada Oktober 1987, tetapi ketegangan kaum ini bukan dicetuskan oleh ahli-ahli Parlimen DAP atau tahanan lain Operasi Lalang, tetapi oleh beberapa pihak yang mahukan kuasa politik dalam Umno,” katanya.

Pada 1987 Umno berhadapan dengan krisis kepimpinan membabitkan dua puak, satu diketuai oleh Dr Mahathir manakala yang satu lagi oleh Tengku Razaleigh Hamzah-Tan Sri Musa Hitam.

“Sebagaimana dikatakan oleh Bapa Malaysia dan perdana menteri pertama (Almarhum) Tunku Abdul Rahman sejurus selepas Operasi Lalang, pada November 1987, ia bukan persoalan orang Cina menentang kerajaan tetapi parti sendiri, Umno, yang menentang beliau,” kata Lim memetik akhbar The London Times edisi 9 November 1987.

Sehubungan itu kata Lim, Dr Mahathir tidak boleh memindahkan tanggungjawabnya terhadap pasukan polis, sebaliknya perlu tampil bersih dan meminta maaf kepada seluruh negara kerana mengadakan Operasi Lalang, yang disifatkan sebagai bab hitam dalam soal hak asasi manusia di Malaysia.

“Adakah Mahathir (juga) mahu mempersalahkan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, agensi antirasuah, media dan institusi-institusi utama negara atas kegagalan membantah demi melindungi, mempertahan dan menggalakkan keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme ketika (era) kepimpinannya?” kata Lim lagi.

Dalam buku itu, Dr Mahathir yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

“Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu.

“Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,” 
katanya. -TMI

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Dr mempersalahkan polis atas Ops Lalang, yang menyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mengakui bahawa beliau berang dengan tindakan polis tersebut.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya.

"Awak pastinya marah!" balas Tom Plate, yang mewawancara Mahathir dan mengarang buku berkenaan.

"Yeah, tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah orang-orang yang membuat keputusan. Saya memberikan kuasa umum kepada mereka untuk bertindak," kata Mahathir.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat. -mk

Jelas kini bahawa polis jadi pihak yang diperbodohkan pemimpin BN. Polis selama ini menyokong dan mendokong pemimpin-pemimpin BN, tetapi apa kesudahannya? 

Imej polis tercalar teruk kerana Mahathir secara terbuka mempersalahkan polis kerana Operasi Lalang yang menurutnya, menjadi sebab kredibilitinya hilang. Pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang pula yang membela polis. 

Tentang Mahathir ni, kita sudah tahu sangat. Dia jadi PM bukan setahun dua. Dia hipokrit peringkat paling tinggi. Menipu dan berbohong adalah biasa baginya. Tahukah anda ciri-ciri orang berdusta? Sebelum ini GB pernah mengeluarkan artikel mengenaiBagaimana Mengenali Jika Seseorang Itu Berdusta?

Petikan:

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com