Kota Bharu– Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.
Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.
“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.
“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. -metro
Rakyat sudah muak dengan kes-kes di mana pihak PDRM mempertahan "jenayah" yang dilakukan oleh pihak mereka dan beberapa pihak penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, PBT dan UPP. Kes-kes berprofil tinggi seperti kes Aminul-rasyid, kes kematian Teoh Beng Hock, kes Kugan, kes polis memukul dan merompak seorang peniaga, kes polis menampar dan merompak wanita hamil dan lain-lain menjelaskan keadaan tersebut.
Di dalam kes di atas, KP K'tan terlalu cepat membuat kenyataan SEBELUM melakukan SIASATAN RAPI mengenainya.
Sudah sampai masanya integriti PDRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan ini dipertingkatkan dengan melakukan "pembersihan total" terhadap pegawai-pegawai mereka yang bertindak tidak profesyenal disamping cuba berdusta dan melakukan cover-up terhadap apa kes sekalipun.
Rakyat perlukan hanya mereka yang berwibawa, bukan yang hanya pandai menggunakan pistol dan kemudian bertindak liar meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka dengan menjadi rakyat sebagai mangsa. Diperburukkan dengan adanya pihak lain menjadi "pembela" perlakuan jenayah mereka.
Mereka yang tidak profesyenal ini walaupun tidak ramai, namun cukup untuk mencacatkan kredibiliti polis.
Rakyat satu hari tetap akan bangun menuntut kebenaran dan keadilan itu ditegakkan tanpa mengira siapa juga yang cuba menyekatnya.
p/s Keselamatan remaja di atas perlu diberikan perhatian kerana seperti insiden-insiden sebelum ini, terdapat kes saksi-saksi penting ini diintimidasi. -GB

Said Mati Kerana Serangan Jantung, Bukan Dikasari Anggota UPP
KOTA BAHARU, 17 Feb (Bernama) -- Polis Kelantan Khamis mengesahkan Said Mat Hassan mati akibat serangan jantung dan bukan kerana dikasari anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).
Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata hasil bedah siasat Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) petang Rabu mengesahkan bahawa tidak ada unsur jenayah pada mayat Said, 56, dan mangsa didapati meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada dalam keretanya.
"Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini. Mangsa disahkan meninggal dunia kerana mendapat serangan jantung," katanya kepada pemberita di sini.
Semalam, Said ditemui dalam keadaan lemah, berwajah pucat dan mulutnya berbuih dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin oleh empat anggota UPP yang kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tumpat.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.
Salah faham yang tercetus kemudian menyebabkan beberapa individu termasuk anak saudara Said, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, datang ke hopsital itu dan menyerang anggota UPP berkenaan.
Ekoran serangan itu, Ahmad Nizamuddin terkena tembakan amaran seorang anggota UPP yang cuba mempertahankan diri.
Abdul Rahim berkata pihaknya masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 37 Akta Senjata Api serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan, selain mendapatkan keterangan individu tertentu berhubung serangan terhadap anggota UPP itu, namun, belum ada tangkapan dilakukan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPZ II Dr Wan Hazimah Wan Mohamad berkata pihaknya mendapati Ahmad Nizamuddin hanya terkena serpihan tembakan di bahagian dada kanan, dan dia kini berada dalam keadaaan stabil, malah mampu berjalan serta makan dengan baik.
"Hasil pemeriksaan juga mendapati keadaan anggota badan beliau baik, termasuk di bahagian paru-paru yang tiada sebarang kesan kecederaan," katanya. -- BERNAMA
Rakyat sudah muak dengan kes-kes di mana pihak PDRM mempertahan "jenayah" yang dilakukan oleh pihak mereka dan beberapa pihak penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, PBT dan UPP. Kes-kes berprofil tinggi seperti kes Aminul-rasyid, kes kematian Teoh Beng Hock, kes Kugan, kes polis memukul dan merompak seorang peniaga, kes polis menampar dan merompak wanita hamil dan lain-lain menjelaskan keadaan tersebut.
Di dalam kes di atas, KP K'tan terlalu cepat membuat kenyataan SEBELUM melakukan SIASATAN RAPI mengenainya.
Sudah sampai masanya integriti PDRM dan lain-lain agensi penguatkuasaan ini dipertingkatkan dengan melakukan "pembersihan total" terhadap pegawai-pegawai mereka yang bertindak tidak profesyenal disamping cuba berdusta dan melakukan cover-up terhadap apa kes sekalipun.
Rakyat perlukan hanya mereka yang berwibawa, bukan yang hanya pandai menggunakan pistol dan kemudian bertindak liar meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka dengan menjadi rakyat sebagai mangsa. Diperburukkan dengan adanya pihak lain menjadi "pembela" perlakuan jenayah mereka.
Mereka yang tidak profesyenal ini walaupun tidak ramai, namun cukup untuk mencacatkan kredibiliti polis.
Rakyat satu hari tetap akan bangun menuntut kebenaran dan keadilan itu ditegakkan tanpa mengira siapa juga yang cuba menyekatnya.
p/s Keselamatan remaja di atas perlu diberikan perhatian kerana seperti insiden-insiden sebelum ini, terdapat kes saksi-saksi penting ini diintimidasi. -GB
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com