Saturday, February 26, 2011

Sekitar Penamaan Calon

Wanita Umno Jasin boikot calon BN, tutup bilik gerakan










MERLIMAU: Hari Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan Wanita Umno Jasin langsung tidak memberi sokongan kepada calon parti mereka lantaran kecewa golongan wanita diketepi dari menjadi calon.


Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Misban, berkata Wanita Umno Bahagian Jasin turut menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

“Sejak pagi tadi, saya tidak nampak kelibat Ketua Wanita Umno, Zaleha Bujang dan Wanita Jasin mahupun Wanita Merlimau memberi sokongan kepada calon mereka.

“Mereka boikot calon sendiri kerana kecewa golongan wanita tidak dipilih setiap kali pilihan raya kecil. Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat. Wanita turut diangkat seperti calon, contohnya Normala Sudirman,” katanya.

Zaleha sebelum ini menyatakan kepada beberapa media, mengatakan rasa tersinggung kerana Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon sekaligus dianggap mengetepi sumbangan dan peranan wanita.

Beliau dilapor berkata, keputusan itu menunjukkan suara Wanita Umno tidak didengari pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mengangkat Normala Surdiman sebagai calon di DUN Tenang.

Mengulas lanjut, Mahani menyifatkan tindakan Wanita Umno itu menunjukkan sikap majoriti pimpinan Umno yang gila kuasa dan berebut mahu menjadi calon.

“Itu semua sikap Umno yang mahukan kuasa. Kita pun turut menyenarai cadangan wanita sebagai calon, namun akur dan patuh dengan keputusan parti. Siapapun calon pilihan parti, Wanita PR akan beri sokongan padu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Wanita KEADILAN Melaka akan turut serta dalam kempen bermula seawal pagi esok bagi meraih sokongan rakyat demi mencapai kemenangan.

“Esok pagi kita akan mula bergerak dari satu kampung ke kampung untuk bertemu dengan rakyat dan mendekati mereka bersama-sama calon PAS, Yuhaizad Abdullah,” katanya.


































BN sudah mula fitnah!!



TEMERLOH : PAS hari ini menyelar kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang terang-terang memfitnah PAS terlibat dalam isu kontroversi isu sijil calon Barisan Nasional di Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.


Sedangkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu tersebut sehingga kini.


“PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).


"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS.


"Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS,” katanya yang juga Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau.


Justeru, selepas Syed Ibrahim dinamakan sebagai calon BN Selasa lepas, Adnan tetiba menyalahkan PAS dalam satu laporan Bernama semasa membuat kenyataan penafian bahawa calonnya tidak berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar ketika disoal media.


Kenyataan Adnan menyalahkan PAS dibuat meskipun perkara itu tidak dilaporkan di sebarang media pro-pembangkang ataupun mana-mana pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat.


Ramai pemerhati politik berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan seperti mana penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan di Kerdau semalam sebagai satu percubaan menghasut melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kali ini.


Bahkan bukan itu saja, Adnan juga menokok tambah pertuduhan kepada PAS apabila menukar kontroversi kegagalan Syed Ibrahim itu kepada ‘isu beli sijil’ yang kini dikaitkan dengan pelbagai jenis kenyataan.


“Asal isu beliau dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil, seingat kita kenyataan beli sijil keluar dari kenyataan MB.


"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil),” selar Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.


“Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak,” ujarnya.


Sebelum ini, Tuan Ibrahim juga telah memberikan komitmen untuk tidak menyerang peribadi calon dan isu peribadi dalam kempen PAS di Kerdau.


Kerusi Dun Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.


Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Tok Guru Nik Aziz Beramah Mesra Dengan Kaum Cina Kerdau





TEMERLOH - Itulah percakapan yang dituturkan oleh beberapa orang 'nyonya' di Pekan Kerdau, sebaik selesai kunjungan Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ke pekan lama tersebut lebih kurang jam 6.30 petang, Jumaat 25 Februari.


Dari kejauhan, perlahan-perlahan orang Cina pekan Kerdau menghampiri kedai dimana Tok Guru Nik Aziz singgah untuk minum petang bersama pimpinan DAP yang berkampung disitu.


Turut hadir adalah ADUN Triang Leong Ngah Ngah dan Pengarah Pilihanraya DUN Kerdau bagi DAP Cikgu Goh dan calon PAS Hasanuddin Salim. -BO

Tidak mustahil berlaku kejutan di Merlimau

JASIN : PAS tidak akan menyerah kalah meskipun di kubu kuat Umno BN sebaliknya akan terus menggunakan peluang yang ada untuk mengajak rakyat membuat perubahan.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Merlimau untuk menang dan yakin mampu menghadapi persaingan sengit dengan pihak lawan.
"Mahathir pernah kalah kepada calon PAS di kubu kuat BN jadi kita lawan dulu. Kita bagitahu kepada rakyat tawaran kita dan keburukan yang sedang dilakukan BN di negeri ini dan kita serah kepada rakyat untuk membuat pilihan. Kalau kalah, pilihan raya akan datang kita masuk lagi.
"PAS masuk pilihan raya untuk menang. Di mana sahaja tempat yang kita boleh bagi tentangan (kepada BN) kita akan bagi kerana PAS nak pastikan risalah perjuangan kami diterima rakyat dan perubahan dalam negara ini dapat dilakukan," katanya.
Nada yang sama turut disuarakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Beliau berkata, berdasarkan kesungguhan dan kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, tidak mustahil kubu itu dapat dipecahkan.
"Kita kena akui Merlimau ini kubu kuat Umno dan bukan perkara yang mudah untuk kita menghadapinya.
"Kita kena anggap ini bukan perkara yang mudah. Walaubagaimanapun dengan seluruh tenaga yang ada dan kita bersatu, sudah nampak tanda-tanda penerimaan rakyat itu dan bukan perkara yang mustahil kita boleh buat kejutan di Merlimau ini," katanya.
Ini juga ditambah dengan faktor calon yang merupakan anak tempatan dan diyakini memahami selok-belok dan masalah pengundi di Dun berkenaan.
"Yuhaizad calon terbaik yang kita pilih berdasarkan kajian setelah melalui proses tapisan daripada senarai nama yang diterima. Ada beberapa calon yang berpotensi tapi Yuhaizad lebih layak dan sesuai," katanya.
Mustafa juga mengingatkan Umno BN tidak berterusan menggunakan kemudahan jentera kerajaan termasuk SPR untuk kemenangan mereka.
"Kita ada masa beberapa hari untuk bekerja keras dan kita mengharapkan SPR memainkan peranan mereka dengan betul, soal ketelusan yang kita bincang selama ini.
"Kita ingatkan Umno jangan berterusan menggunakan segala kemudahan termasuk SPR untuk menang," katanya.
Sementara itu, Nasharudin berkata, Pakatan Rakyat khususnya PAS sudah bersedia dengan isu-isu tempatan dan nasional termasuk isu antarabangsa untuk digunakan sewaktu kempen.
"Kita akan dedahkan beberapa isu tempatan yang berkaitan negeri Melaka, berkaitan isu tempatan dan antarabangsa.
"Gabungan isu ini akan kita jadikan bahan kempen untuk mengajak rakyat bersama kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok. -Hrkh

Gambar : Sekitar Penamaan Calon DUN Kerdau




Gambar-gambar di sekitar hari penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau yang telah berlangsung pada pagi 26 Feb. 2011.







Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.


Ali Rustam Bodoh Sombong, Cuba Nak Perbodohkan Pengundi Merlimau


PAS: Ali Rustam sombong, usaha bodohkan pengundi Merlimau akan gagal


JASIN, 26 Feb — PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.


Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.


“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.

Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.

Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.

“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.

“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.

Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.

“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.

“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.

“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.

“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. -tmi




[Gambar Tebaru] Live Dari PRK Merlimau

Langsung: Hari penamaan calon PRK N27 Merlimau

Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka

11.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Yusuf mengumumkan tempoh bantahan bagi borang pencalonan tamat

10.30 am: MERLIMAU - Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Dun Merlimau untuk menang meskipun mengakui kawasan berkenaan kubu kuat Umno BN.

"Di Merlimau kita akui persaingan sangat sengit tapi tak patahkan semangat PAS untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata, PAS meletakkan Yuhaizad sebagai calon kerana yakin dengan pengaruhnya terhadap masyarakat setempat memandangkan beliau seorang anak tempatan.

10.10 am: MERLIMAU - Borang pencalonan dipaparkan oleh SPR di papan kenyataan. Borang pencalonan pertama dari calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak.

Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman' berselang seli.

9.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.

8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.

Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.

8.35 am: MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.

8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.

8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.

7.57 am: MERLIMAU - Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.

7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.






























No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com