Tuesday, February 1, 2011

Pelajar Malaysia Di Mesir Dalam Ketakutan, Najib Terhegeh-hegeh Buat Keputusan


Pelajar Malaysia Di Mesir Dalam Ketakutan, Najib Terhegeh-hegeh Buat Keputusan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambiluntuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah di selatan Kaherah bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

“Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

“Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok (hari ini) mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas itu,” katanya.


'Tolong selamatkan kami'

RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin, 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan. -kosmo

Punyalah lemah PM yang bernama DS Mohd Najib ini dimana ia mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan bagi memindahkan para pelajar Malaysia yang kini berada di dalam keadaan merbahaya di Mesir.

Negara China misalnya telah bertindak segera membawa keluar 2,000 rakyat mereka dari negara itu bermula malam kelmarin menggunakan dua pesawat khas China Airlines dan Hainan Airlines, sementara Indonesia telah menghantar pesawat Boeing 747-400 Garuda Indonesia ke Mesir untuk mengevakuasi para pelajar mereka.

Amerika Syarikat juga telah mengambil tindakan yang serupa. Sehingga pagi semalam, mereka telah berjaya membawa keluar lebih 2,000 warga Amerika Syarikat dari Lapangan Terbang Kaherah menerusi sembilan penerbangan.

Rakyat Malaysia hanya akan bermula di bawa keluar pada 5 Februari (hari Sabtu) yang pada masa itu ia boleh dianggap terlalu lewat, kemungkinan demo Mesir pun sudah tamat. -GB
Protes Selamatkan Mahasiswa Malaysia di Mesir

Hari: Rabu
Tarikh: 2hb. Februari, 2011
Waktu: 2:00 petang
Tempat: Wisma Putra, Putrajaya.

Anjuran: Gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia, Gabungan Ibu Bapa, NGO, Parti Politik dan Mahasiswa Malaysia di Mesir.

Ayuh selamatkan rakan-rakan dan anak kita di Mesir!

Jutaan penunjuk perasaan tidak berganjak,semakin bertambah..

Live From Tahrir (Liberation) Square.. 2 feb.4:30am cairo
Effigies of Egyptian President Hosni Mubarak can be seen hanging from traffic lights, as Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) Square, watch U.S. President Barack Obama, not seen,  live on a TV broadcast from Washington, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced  he will not run for a new term in September elections but rejected protesters' demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt's soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
Effigies of Egyptian President Hosni Mubarak can be seen hanging from traffic lights, as Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) Square, watch U.S. President Barack Obama, not seen, live on a TV broadcast from Washington, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced he will not run for a new term in September elections but rejected protesters’ demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt’s soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) square, watch a screen showing U.S. President Barack Obama live on a TV broadcast from Washington DC, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011.
AP Photo 1 hour ago
Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) square, watch a screen showing U.S. President Barack Obama live on a TV broadcast from Washington DC, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011.
Egyptian anti-government protesters gathered in Tahrir (Liberation) square, watch U.S. President Barack Obama live on a TV broadcast from Washington DC, speaking about the situation in Egypt, early Wednesday, Feb. 2, 2011.
Egyptian anti-government protesters gather around a fire as they camp in Tahrir (Liberation) Square in Cairo, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced  he will not run for a new term in September elections but rejected protesters' demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt's soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
Egyptian anti-government protesters gather around a fire as others camp in Tahrir (Liberation) Square, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced  he will not run for a new term in September elections but rejected protesters' demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt's soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.
AP Photo 1 hour ago
Egyptian anti-government protesters gather around a fire as they camp in Tahrir (Liberation) Square in Cairo, early Wednesday, Feb. 2, 2011. Egyptian President Hosni Mubarak announced he will not run for a new term in September elections but rejected protesters’ demands he step down immediately and leave the country, vowing to die on Egypt’s soil, after a dramatic day in which a quarter-million Egyptians staged their biggest protest yet calling on him to go.

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

28 Safar 1432H.
Oleh : Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambang kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran.

Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel.

Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya.

Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya.

Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Protes Di Mesir Memuncak, Malaysia Lembab Pindahkan Pelajar

Rakyat Mesir kembali berkumpul untuk di Kaherah sebagai usaha meningkatkan tekanan untuk menurunkan Presiden Hosni Mubarak dari kerusi kekuasaan.

Gambar: Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin

Pihak pengelola protes berharap sekitar satu juta orang yang turun ke jalan-jalan, yang akan menjadi protes terbesar sejauh ini. Keadaan serupa juga direncanakan di Iskandariah.

Sementara itu pihak tentera Mesir berjanji tidak akan menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan.

Wartawan BBC, Lyse Doucet, di Lapangan Tahrir, Kairo mengatakan rakyat massa yang hadir lebih besar dari hari-hari sebelumnya.

Pernyatan tentera menjadi pukulan besar bagi Presiden Mubarak dan tampaknya membuat para penunjuk perasaan tetap semangat dan memenuhi pusat ibukota Kaherah.

"Kami di sini untuk menyampaikan satu pernyataan. Kami tidak akan pergi sampai Mubarak mundur," kata Tarek Shalabi, seorang pengujuk rasa, kepada BBC.

Sejumlah pengunjuk rasa bermalam di Lapangan Tahrir sejak Isnin dengan mengatakan akan tetap berada di sana sampai Mubarak mundur.

Sementara itu, keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia.

Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.

Bagaimanapun Timbalan Setiausaha pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Nik Nur Fariha Mohamed Zalami berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku dalam insiden berkenaan.

Menurut pelajar tahun empat Universiti Mansurah itu, keadaan di bandar utama Mesir iaitu Kaherah dan Iskandariah yang kini dipenuhi dengan ribuah penunjuk perasaan berada dalam keadaan luar kawalan dan membimbangkan.

PAS sebelum ini telah mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air, lapor harakahdaily.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, bantahan dan demonstrasi rakyat Mesir kini sudah tidak terkawal dan menyaksikan banyak pertumpahan darah telah berlaku.

Ianya sekaligus meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan terancam.

"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.

"Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi," katanya.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat berkata pihaknya kesal dengan kelembapan kerajaan khususnya Wisma Putra dalam memberi respons balas ekoran krisis politik di Mesir yang turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutama pelajar.

Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa kerajaan menyegerakan bantuan makanan kepada para pelajar dan mengambil langkah-langkah lain yang sewajarnya.

Selain itu, beliau menggesa kerajaan membawa pulang pelajar dengan segera melalui penerbangan dibawa oleh Malaysia ataupun secara alternatif menggunakan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau kapal-kapal swasta boleh dimanfaatkan.

“Angkatan Muda yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia seluruhnya tidak mempunyai ruang untuk berkompromi dengan kelembapan tindakan yang berpotensi mengancam nyawa pelajar-pelajar Malaysia di sana,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Gesaan itu sebahagian daripada desakan pelbagai pihak agar Wisma Putra bertindak segera membantu pelajar-pelajar Malaysia di Mesir.

Pemuda Barisan Nasional juga memberikan gesaan sedemikian semalam.

Seramai 11,319 pelajar Malaysia didaftarkan secara rasmi menuntut di Mesir dalam pelbagai disiplin terutama dalam bidang perubatan dan agama.

Dalam jumlah ini lebih daripada 70 peratus pelajar terlibat dengan kawasan darurat terutama di Kaherah.

Indonesia telah menghantar pesawat Boeing 747-400 Garuda Indonesia ke Mesir untuk mengevakuasi para pelajar mereka.

Sedangkan kerajaan Malaysia masih terhegeh-hegeh dan terkial-kial untuk menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Asia Barat untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Beberapa orang keluarga pelajar yang bimbang mengenai keselamatan anak-anak mereka telah menghubungi GB sebentar tadi dan menyatakan kekesalannya dengan kelembapan kerajaan Malaysia bertindak.

"Diberitakan hanya pelajar perempuan akan dievakuasikan, itu pun menggunakan kapal TLDM," ujar seorang bapa kepada pelajar yang menuntut di Mesir.


Mesir: Pemimpin dunia perlu ambil iktibar

KOTA BHARU, 1 Feb: Pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang sewajarnya memberi pengajaran pada pemimpin di negara lain agar tidak bermegah dengan kemenangan kerana akan berhadapan dengan rusuhan sekiranya menzalimi mereka.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily hari ini bagi mengulas perkembangan rusuhan yang berlaku di Mesir itu.

Katanya, kemenangan yang mencapai 99 peratus merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat.

“Dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding dalam pilihanraya.

“Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini,” ujarnya.

Akibatnya, jelas Tuan Guru lagi rakyat telah memprotes kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi di negara itu walaupun pada zahirnya mendapat undi yang besar.

Sambungnya, rusuhan itu sebenarnya satu mesej yang besar terhadap mereka yang menipu rakyat.

“Mula-mula boleh la menipu, tapi bila dah lama rakyat sudah tidak boleh bertahan lagi,” ujarnya. -harakahdaily








SIAPA KATA FELDA KUBU KUAT UMNO?SATU ANALISIS YANG PERLU DIKETAHUI

Penulis tertarik dengan kenyataan Naib Presiden Pas,Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man yang meminta ahli Pas tidak beremosi tanpa ilmu dalam menembusi "kubu Umno" di Felda.Kenyataan itu adalah kena pada masanya tatkala beliau adalah antara pemimpin Pas yang sememangnya datang daripada kawasan Felda dan Tanah Rancangan.Untuk mengatakan bahawa Felda adalah satu kubu kuat Umno mungkin benar pada beberapa keadaan tetapi tidak untuk beberapa keadaan lain.Kesemuanya bergantung kepada keadaan.

Selama ini,dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil,Pas dan Pakatan Rakyat dilihat terlalu berhati-hati untuk masuk ke kawasan Felda,dengan anggapan bahawa pengundi Felda menolak Pas dan Pakatan Rakyat secara besar-besaran di sana.Situasi ini boleh dilihat dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor,di mana ketika itu usaha untuk menembusi kawasan Felda hanya dilakukan pada saat-saat akhir dalam menggempur kubu Umno tersebut. Begitu juga di Tenang baru-baru ini,Pas dilihat tidak berjaya menembusi kubu Umno di Felda,malah mengalami penyusutan undi di sana.Semuanya berkait rapat dengan soal mentaliti.
Suka untuk diingatkan,Tuan Ibrahim adalah pemimpin Pas Pahang yang bertanding di Dun Jengka sejak tahun 1999.Jengka adalah sebuah kawasan tanah rancangan Felda antara yang terbesar di Malaysia di bawah Jengka Tiga Segi.Walaupun kawasan tersebut dikelilingi oleh kawasan tanah rancangan,Pas telah berjaya membuktikan kemenangan mereka di kawasan tersebut dalam Pilihanraya 1999 apabila Tuan Ibrahim berjaya mewakili Pas ke Dewan Undangan Negeri setelah menang dengan majoriti 319 undi.Pun begitu,kemenangan tersebut tidak berkekalan apabila beliau tewas pada tahun 2004 dengan majoriti 1714 undi. Walaubagaimanapun,Pas telah berjaya memberi tentangan sengit di Jengka dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lalu apabila Tuan Ibrahim hanya tewas dengan majoriti 596 undi.Malah,Dun Jengka pastinya akan menjadi tumpuan utama Pas dalam usaha memenangi lebih banyak kerusi di Pahang dalam Pilihanraya Umum ke 13.Begitu juga dua buah Dun yang berada dalam Parlimen yang sama dengan Jengka (Parlimen Kuala Krau),majoriti kemenangan Umno ke atas calon Pas di Kerdau dan PKR di Jenderak cuma berada dalam lingkungan seribu lebih majoriti.Untuk rekod,kedua-dua Dun tersebut juga turut mempunyai kawasan Felda dan tanah rancangan.

Ketika Pas dan PKR menang di beberapa buah kerusi di Pahang dalam Pilihanraya Umum 1999,beberapa kawasan tersebut terletak di kawasan yang mempunyai peti undi Felda dan Tanah Rancangan termasuk Dun Tahan,Chini,Jengka dan Guai.Walaupun kita mengakui bahawa terdapat pelbagai faktor semasa yang membawa kemenangan Pas dalam Pilihanraya Umum 1999 di beberapa kawasan Melayu Felda di Pahang, secara umumnya penulis ingin membawa kita semua satu bukti bahawa Pas bukanlah ditolak secara total di kawasan Felda dan Tanah Rancangan.Malah,di Dun Tenang baru-baru ini sekalipun,walaupun Pas hanya mampu mendapat sekitar seratus lebih undi berbanding hampir sembilan ratus bagi calon Umno,secara umumnya masih terdapat undi setia daripada pengundi Felda buat Pas.

Untuk menang dan menembusi Felda,Pas tidak perlulah hanya datang ke kawasan tersebut hanya ketika ada Pilihanraya kecil semata-mata.Ini menunjukkan bahawa kita tidak bersungguh untuk menembusi kawasan tersebut.Seperti kata Tuan Ibrahim,Pas perlu menghidupkan markaz-markaz di kawasan Felda bukan hanya pada waktu pilihanraya.Majlis-majlis ilmu keagamaan perlu dilaksanakan di kawasan terbabit dengan menghidupkan lembali program usrah,tamrin,muqayyam dan rehlah.

Malah,di Kelantan misalnya,para peneroka di Felda Kemahang telah lama bertindak menolak Umno (kalaupun tidak menyeluruh) sehingga menyaksikan kemenangan Pas selama berpenggal-penggal di Dun Kemahang.
Paka antara kawasan berpotensi
Pas - terpecah antara kawasan separa
bandar dan tanah rancangan
Walaubagaimanapun,undi Felda banyak menyelamatkan kerusi Umno daripada jatuh ke tangan Pas dalam Pilihanraya Umum ke 12 terutamanya di Terengganu.Beberapa kawasan yang pernah dimenangi Pas seperti Dun Bukit Besi,Paka,Tepuh Langkap,Hulu Besut selain Kemasek dan Air Puteh gagal ditembusi akibat kekurangan undi Pas di kawasan Felda.Di Dun Paka misalnya,kewujudan peti undi di kawasan Ketengah dan tanah rancangan seperti di Peti Undi Durian Mentangau,Kerteh II dan Ketengah Jaya telah menidakkan kemenangan Pas di peti-peti undi kawasan Bandar sehingga Pas tewas di Dun tersebut dengan majoriti tipis sekitar 344 undi.

Justeru,mahu tidak mahu,Pas perlu menembusi kawasan Felda dan Tanah Rancangan untuk menang di kawasan-kawasan berpotensi.Siapa kata Felda sukar ditembusi?Selagi mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu,mereka masih mempunyai keimanan untuk menerima kebenaran.Cuma masa dan ketika sahaja yang bakal menentukan.

Hazman BA
Daerah Sempadan Felda
Tepi Laut China Selatan


No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com