KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kerana tidak berpuashati dengan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak, seorang pereka grafik membuka satu laman web khas untuk melawannya.
Menurut Ariff Junaidi dalam satu kenyataannya, beliau telah melancarkan satu laman web di http://www.2malaysia.org semalam bagi menyampaikan hasratnya itu.
"Sebelum ini saya telah mempromosikan 2Malaysia menerusi laman Facebook, http://www.facebook.com/2malaysia," kata Ariff dalam kenyataannya.
Ariff berkata, beliau mendapat inspirasi daripada kempen parodi politik luar negara seperti MyDavidCameron dan berhasrat melancarkan 2Malaysia untuk menunjukkan hipokritnya kerajaan dalam kempen 1Malaysia mereka.
Tiga poster kini disediakan mengikut tema 1Malaysia iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
"Saya berhasrat orang ramai boleh turut serta dengan menghantar poster rekaan mereka mengikut tema 2Malaysia kepada saya menerusi laman web dan Facebook saya.
"Saya yakin orang ramai juga muak dengan propaganda Kerajaan," kata Ariff dalam kenyataannya kepada Harakadaily.
Menurut Ariff, dia bukan ahli mana-mana parti tetapi kecewa melihat perbezaan antara apa yang Najib katakan dan apa yang berlaku dalam realiti.
"Sebagai seorang pereka grafik, ini antara apa yang saya mampu lakukan," katanya. Antara poster awal yang dimasukkan Ariff dalam laman itu adalah poster runtuhnya bangunan Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu yang Ariff lakarkan ia sebagai 'pencapaian diutamakan'. Turut dimuatkan Ariff dalam laman 2Malaysia beliau adalah parodi kepada 1Malaysia Najib dengan peranan yang dimainkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia. |
No comments:
Post a Comment
Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com