Monday, February 7, 2011

MP DAP terharu sokongan Jemaah Surau



Saya memberi sumbangan kepada wakil daripada 7 masjid di Puchong
Semalam, 24 September 2008, saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan umat Islam di Surau An-Najah di kawasan DUN Kinrara.
Ini adalah program yang dirancang oleh saya beberapa minggu sebelum saya ditahan di bawah ISA. Saya mendapat sambutan yang agak hangat dan mesra daripada muslimin dan muslimat di surau tersebut. Mereka amat bersimpati pada saya kerana ditahan di bawah ISA atas tuduhan membantah laungan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara.
Seorang ahli daripada PKR berkata bahawa isu itu adalah isu lama di tempat mereka. Dia kata penduduk saya termasuk para umat Islam di sana tahu saya langsung tidak terlibat. Dia kata, sekarang musuh politik Pakatan tengah menggunakan isu perkauman dan agama untuk cuba menarik sokongan orang Melayu.
Mereka berkata pada saya, “YB, janganlah bimbang. Kami percaya YB bukannya seorang yang memainkan isu perkauman. Kami akan membantu YB untuk merancangkan program untuk menghubungi orang Melayu di Puchong. Kami akan terus menyokong YB di kawasan Puchong.”
Seorang lelaki Melayu yang bernama Ahmad juga berkata pada saya, “YB, saya tahu YB tidak bersalah. Saya pergi ke pejabat YB tiap-tiap hari semasa YB berada di bawah tahanan ISA. YB, jangan bimbanglah, saya akan terus membantu YB dalam hal ehwal berkenaan dengan orang Islam di Puchong.”  
Saya rasa amat terharu untuk mendengar kata-kata yang menggalakkan yang diluahkan oleh mereka. Saya terasa bahawa saya tidak berjuang secara sendiri, dan saya juga lihat tohmahan yang dilemparkan oleh orang UMNO dan Utusan Malaysia terhadap saya memang tidak berkesan.
Dalam ucapan saya, saya menceritakan pengalaman saya di bawah tahanan ISA dan saya tuduhan-tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap saya. Saya berkata saya adalah wakil rakyat yang mewakili kesemua kaum dan kesemua penganut agama. Saya mesti membantu semua kaum dan memberi layanan yang sama kepada semua orang di Negeri Selangor.
Saya juga minta sokongan dan kerjasama daripada mereka supaya saya boleh mengadakan hubungan yang lebih erat dengan para umat Islam di kawasan Puchong. Saya juga meminta mereka berdoa bagi saya dan juga Pakatan Rakyat, supaya kita boleh mentadbir negeri ini berasaskan keadilan dan ketelusan.  
Tentulah, saya tak lupa sebut tentang liputan akhbar yang begitu luas di Utusan Malaysia sejak saya dibebaskan daripada ISA. Saya malah baca tuduhan-tuduhan liar yang disiarkan dalam laporan Utusan Malaysia kepada mereka. Saya lihat mereka semua senyum apabila saya sebut isu tentang “makanan anjing” yang diheboh-hebohkan di akhbar tersebut. Nampaknya ramai di antara mereka tidak baca Utusan Malaysia. Nampaknya, kempen Pakatan Rakyat yang boikot Utusan Malaysia itu agak berjaya juga :-) )
Hari ini, saya dijadi “wanita muka surat pertama” (front page girl) di Utusan Malaysia lagi. Kali ini, tajuknya ialah “Teresa mengaku buat kenyataan bercanggah”. Ha ha!! :-)
Kali ini, wartawan tersebut juga memetik separuh tulisan daripada tulisan di blog saya semalam. Di dalam surat khabar tersebut , terdapatnya laporan tentang UMNO Seputeh membuat laporan polis terhadap saya atas isu “makanan anjing”, dan juga tulisan mengenai “makanan anjing” lagi.
Terima kasih sekali lagi kepada penyunting di Utusan Malaysia kerana telah memberi publisiti yang berturut-turut kepada saya. Inilah akhbar “Penyebar Fikiran Rakyat”! Ha ha!!
Seperti apa yang dikatakan oleh seorang muslimin kepada saya, saya tengah melalui proses percubaan. Saya percaya Tuhan sayang kepada mereka yang sayang kepadaNya, dan Tuhan bersama dengan mereka yang dipermangsakan dan juga mereka yang melaksanakan keadilan.
Seperti apa yang ditunjukkan dalam iklan TV Berita Harian — “Zaman Sudah Berubah”. Ya, zaman sudah berubah. Cara lama tidak lagi sesuai untuk zaman ini. Tahap pendidikan rakyat kita telah semakin meningkat dan mereka telah menjadi lebih matang dari segi fikiran dan analisa. Mereka tidak lagi percaya pada propaganda BN dan UMNO dengan mudahnya.
Utusan Malaysia dan UMNO boleh teruskan kempen mereka yang cuba mencemarkan imej saya, mereka akan diadili oleh rakyat dan Tuhan pada akhirnya, dan kredibiliti dan imej mereka akan lebih terjejas.    
Saya terima kesemua taktik kotor Utusan Malaysia dan UMNO dengan tenang hati :-)

Muslimat di masjid tersebut mengambil gambar bersama dengan saya selepas saya berucap  

No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com