Tuesday, February 15, 2011

Khabar angin jadi kenyataan di DUN Kerdau

10 May, 2010KHABAR ANGIN: PRK PERTAMA DI PAHANG - DUN KERDAU KOSONG




Gambar hiasan: MB Pahang beraksi garang dalam kempen PRU yang lalu.

Apakah beliau akan lebih garang sekiranya mana-mana berlaku PRK nanti?













Banyak pihak terutama dari pembangkang menyebar khabar-khabar angin sejak beberapa hari lalu mengenai akan berlaku PRK pertama di Pahang berikut kekosongan Kerusi di DUN Kerdau. Nampaknya mereka sangat ghairah untuk berentap di negeri PM sendiri. Dalam masa sama mungkin juga mereka ingin buktikan kepada umum bahawa kepimpinan DS Adnan sudah tidak dikehendaki lagi. Bagaimanapun, khabar angin mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau itu telah di nafikan oleh Pengerusi SPR dan Exco kerajaan negeri.





Berikut laporan yang ditulis oleh sebuah laman blog:





Walaupun pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menolak spekulasi mengenai keadaan ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim yang sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh, namun khabar angin mengatakan bahawa PRK yang pertama di negeri Datuk Seri Najib akan berlaku dalam masa terdekat.



RTM melaporkan awal minggu ini bahawa ADUN BN itu telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010.



Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.



Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam.



Exco kerajaan negeri Pahang, Hoh Khai Mun turut mengesahkan bahawa keadaan ADUN Kerdau itu tidak membahayakan.



Menurut Hoh lagi, Zaharudin mengalami masalah komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan tersebut.



Katanya, ADUN Kerdau itu akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.



Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.



Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.



Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya



No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com