Friday, February 11, 2011

Ziarah Mangsa Ribut Taman Nilam, Sungai Petani

Lawatan Dato' DO (jam10:30PM~12:10AM) ke Taman Nilam melihat sendiri keadaan ribut yang melanda 5 keluarga, Hadir sama Pengarah MTD Tuan Hj Sobri, SU MTD, MKK Pak Long Said, Ketua PAS Cawangan Taman Nilam Abang Osman Husain dan Pak Penghulu. Bantuan selimut dan makanan dari Masjid Bakar Arang telah disampaikan oleh  Tok Imam kepada MKK, Serta sumbangan makanan untuk menampung dalam masa sehari dua. Dato' DO juga akan memberi sumbangan RM500 setiap keluarga dari peruntukan DO untuk menampung perbelanjaan membaiki bumbung yang rosak. Khemah juga telah dipasang oleh MPSP pada jam 1.00am untuk menempatkan barang2 rumah sekiranya hujan turun.. Sebahagian mangsa di tempatkan di surau berhampiran.
Majlis Tindakan DUN mewakili mangsa ribut merakamkan ribuan terimakasih kepada Dato' DO, MKK, Ketua Cawangan PAS Taman Nilam, Imam serta AJK Masjid Bakar Arang, Tok Penghulu dan semua penderma. 

 




No comments:

Post a Comment

Terimakasih atas cadangan dan pandangan. **Your suggestion and advice is highly appreciated.** passpk@hotmail.com